Kejatuhan Pelaburan Langsung Asing (FDI): Amaran 35 Tahun Lepas Yang Tidak Dihiraukan Oleh Kerajaan
Permasalahan ini bukannya bermula pada 1 Mac 2020. Ia bermula sejak dari 1997 lagi ketika berlakunya gelombang Krisis Kewangan Asia. Krisis Kewangan Asia 1997 telah mengejutkan negara-negara ASEAN. Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam, Kemboja, Burma, Laos, Brunei and Timor-Leste sedar mereka perlu melakukan reformasi. Mereka perlu melakukan reformasi politik dan ekonomi sekiranya mereka mahu bertahan pada gelombang krisis kewangan yang melanda negara. Malaysia pula ketika itu masih tidur lena dibuai mimpi. Disebabkan itulah, kini, Malaysia mengalami masalah.
NO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin
Pelbagai perbincangan dan debat mengenai kejatuhan FDI di Malaysia. Topik perbincangan pula lebih bertumpu kepada siapa yang patut dipersalahkan bukan mengapa ianya terjadi. Sudah tentu persepsi yang akan dimainkan adalah dengan menyalah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional.
Sebenarnya, lebih dari 35 tahun dahulu dalam pertengahan 1980-an, kerajaan telah memberi amaran kepada ahli perniagaan bahawa Malaysia yang merupakan destinasi kegemaran FDI tidak akan kekal selamanya. Senario politik negara ASEAN akan melakukan perubahan – sekiranya kestabilan dan keamanan berjaya dicapai oleh negara-negara ASEAN seperti Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam, Cambodia, Kemboja, Laos, dll., maka Malaysia akan kehilangan status sebagai destinasi kegemaran FDI.
Saya pada ketika itu adalah salah seorang ahli jawatankuasa Dewan Perniagaan dan Industri Melayu sewaktu Rafidah Aziz memegang jawatan sebagai Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (1987 sehingga 2008) dan Tun Daim Zainuddin pula memegang jawatan Menteri Kewangan (1984 sehingga 1991).
Dalam waktu tersebut ketika pertengahan 1980-an hingga ke awal 1990-an, kami telah mengadakan beberapa siri pertemuan dan persidangan dengan kerajaan mengenai apa yang perlu dilakukan pasca-DEB (Dasar Ekonomi Baru, yang sepatutnya berakhir pada tahun 1990) dan memastikan ahli perniagaan Melayu terus berdiri tanpa bergantung kepada tongkat, seperti apa yang selalu diperkatakan oleh pengkritik.
Sekitar 35 tahun dahulu Rafidah Aziz memberi amaran kepada rakyat tempatan bahawa Malaysia bakal kecundang kepada negara-negara ASEAN lain sekiranya negara tidak menukar hala tuju
Sekiranya Melayu mahu memiliki sebahagian besar pegangan dalam ekonomi negara, Melayu seharusnya membina ekonomi yang lebih besar (jika tidak anda terpaksa ‘mencuri’ bahagian dari bukan Melayu dan memberikannya kepada Melayu). Ini bermaksud ukuran dan saiz ekonomi perlu dikembangkan. Untuk mewujudkan perkembangan ekonomi, Malaysia memerlukan pelaburan asing atau FDI yang lebih. Maka Malaysia perlulah mengekalkan dirinya sebagai destinasi menarik untuk pelabur-pelabur asing.
Namun dalam ketika itu, kerajaan memberi amaran kepada ahli perniagaan tempatan yang Malaysia bakal hilang daya tarikannya. Malaysia hanya bergantung kepada persekitaran politik yang stabil dan sumber tenaga kerja yang murah untuk kekal menarik di mata pelabur-pelabur asing. Sekiranya Malaysia tidak dapat memberikan sumber tenaga kerja yang murah dan pada masa yang sama negara-negara ASEAN yang lain berjaya mengecapi kestabilan politik, Malaysia tidak akan lagi menjadi destinasi kegemaran pelabur-pelabur asing dan mereka akan berpindah ke Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam, Cambodia, Kemboja, Laos, dan ke negara Asean yang lain.
35 tahun dahulu, sewaktu Rafidah memegang jawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Daim pula memegang jawatan Menteri Kewangan, perkara ini telah dibahaskan. Pihak kerajaan telah memberi amaran kepada rakyat tempatan bahawa Malaysia bakal tewas dalam persaingan dengan negara-negara ASEAN. Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam, Kemboja, Kemboja, Laos, Brunei dan Timor-Leste bakal mengatasi Malaysia sebagai destinasi nombor satu untuk FDI.
Perkara ini sudah pun diramal dan dibincangkan 35 tahun yang lalu. Hari ini, 15 Februari 2021, populasi ASEAN adalah seramai 673 juta dan populasi Malaysia hanyalah 4.7% daripada populasi seluruh ASEAN.
Tun Dr Mahathir Mohamad menyedari bahawa Malaysia adalah negara yang kecil. Kita tidak mempunyai pasaran domestik yang cukup besar untuk menyokong perniagaan tempatan yang boleh membuat eksport menjadi lebih murah (bukan bermaksud skala ekonomi) dan kita tidak mempunyai tenaga kerja yang cukup besar (bermaksud kita perlu mengimport pekerja).
Mahathir juga memberi cadangan agar setiap keluarga mempunyai lima orang anak supaya pada masa depan populasi Malaysia dapat meningkat menjadi 70 juta.
Ketika Daim memegang jawatan Menteri Kewangan pada pertengahan tahun 1980-an, dia tahu Malaysia sedang menuju ke arah kemusnahan
Ramai orang mentertawakan Mahathir dan memanggilnya bodoh. Akan tetapi Mahathir melihat kelemahan Malaysia dengan populasi yang kecil akan menjadi satu masalah yang besar apabila negara-negara ASEAN yang lain akan mula untuk berhenti berbalah dan berperang serta membuka negara mereka kepada pelabur asing.
Ya, itu adalah 35 tahun yang lalu. Yang memegang jawatan Perdana Menteri ketika itu adalah Mahathir, Menteri Perdagangan dan Industri adalah Rafidah, dan Menteri Kewangan adalah Daim, kesemua mereka tahu apa yang bakal terjadi. Pada pertengahan 1980-an mereka tahu bahawa menjelang 2020 (ketika Wawasan 2020 atau Wawasan 2020 Mahathir yang seharusnya direalisasikan) Malaysia akan berada dalam masalah.
Malaysia, dengan jumlah penduduknya sebanyak 4.7%, akan tewas kepada sepuluh negara jirannya yang lain di ASEAN. Itu adalah Wawasan 2020 yang sebenarnya atau Visi 2020. Tetapi bagaimana cara mencegahnya daripada berlaku?
Rafidah mengatakan bahawa satu-satunya cara untuk mencegah adalah dengan berhenti bergantung pada perniagaan yang memerlukan tenaga kerja yang murah atau penggunaan tenaga kerja yang intensif dan beralih ke perniagaan berteknologi tinggi atau beralih ke perniagaan berasaskan teknologi seperti di Singapura.
Mahathir mengatakan bahawa Malaysia perlu untuk memasuki industri berat (itulah sebabnya mengapa Hicom ditubuhkan) dan dia mendorong Malaysia dengan penuh semangat ke dalam pembuatan kenderaan, industri keluli, pembinaan kapal, dan sebagainya.
Daim pula memainkan pasaran saham tempatan dan cuba untuk mengubah Malaysia menjadi seperti Wall Street.
Anwar diberi amaran mengenai permasalahan tersebut dan dia mempunyai tujuh tahun untuk tampil dengan sebuah rancangan tetapi dia tidak melakukan apa-apa
Sementara itu, sepuluh negara jiran ASEAN perlahan-lahan bangun, satu persatu, dan secara senyap-senyap mengatasi Malaysia. Sementara negara-negara lain sedang membangun, di Malaysia ketika itu rakyat Malaysia masih sibuk berdebat mengenai hukum Hudud, Negara Islam, DEB, sekolah dan pendidikan bangsa Cina, hak dan hak istimewa orang Melayu, dan sebagainya.
Kemudian, pada tahun 2020, dengan latar belakang Wawasan 2020 Mahathir atau Visi 2020, pandemik coronavirus Covid-19 melanda dunia. Ini mencetuskan kejatuhan ekonomi global. Rakyat Malaysia yang baru bangun dari tidur di suatu pagi ketika perintah kawalan pergerakan serta menunggu untuk syarat Isinar dimansuhkan, menyaksikan di mata mereka sendiri ekonomi Malaysia sedang runtuh dan tidak berdaya untuk melakukan apa-apa – baru teringat bahawa amaran 35 tahun yang lalu telah diabaikan dan sekarang negara menderita kerana amaran itu tidak di ambil berat dan dihiraukan.
Malapetaka kejatuhan FDI ini bukanlah kesalahan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin atau kesalahan Perikatan Nasional. Mereka hanya mula berkuasa sejak setahun yang lalu. Lebih dari 35 tahun yang lalu kita semua diperingatkan bahawa, pada tahun 2020, Malaysia akan berada dalam masalah. Dan puncanya juga telah diberitahu.
Tetapi tidak ada seorang pun yang mengendahkannya, baik kerajaan mahupun pembangkang. Malaysia, seperti Nero, bermain-main sementara Rom sedang terbakar. Kita membuang masa selama 35 tahun hanya untuk bermain politik walaupun 35 tahun yang lalu kita telah diberi amaran tentang apa yang akan bakal berlaku pada tahun 2020. Dan sekarang kita mencari kambing hitam untuk dipersalahkan.
Malah, Anwar Ibrahim juga mengetahui tentang kehancuran yang bakal dihadapi ketika memegang jawatan Menteri Kewangan pada tahun 1991 dan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1993. Anwar diberi amaran tentang apa yang bakal berlaku dan dia mempunyai tujuh tahun untuk keluar dengan rancangan. Tetapi dia juga tidak melakukan apa-apa kerana dia menghabiskan seluruh hidupnya untuk menentang Mahathir untuk cuba mengambil alih jawatan PM ke-5.
Rakyat Malaysia berpendapat bahawa ini adalah satu masalah yang baru muncul sejak satu tahun yang lalu yakni semenjak Muhyiddin mengambil alih jawatan PM ke-8 dan Perikatan Nasional membentuk kerajaan pada 1 Mac 2020.Ini menunjukkan bahawa ceteknya pemikiran rakyat Malaysia.
Mahathir memberi jalan penyelesaian berkaitan krisis ekonomi dengan cara rakyat Malaysia perlu mempunyai lebih banyak anak dan mengalakkan agar setiap keluarga mempunyai lima orang anak
Permasalahan ini bukannya bermula pada 1 Mac 2020. Ia bermula sejak dari 1997 lagi ketika berlakunya gelombang Krisis Kewangan Asia. Krisis Kewangan Asia 1997 telah mengejutkan negara-negara ASEAN. Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam, Kemboja, Burma, Laos, Brunei dan Timor-Leste sedar mereka perlu melakukan reformasi. Mereka perlu melakukan reformasi politik dan ekonomi sekiranya mereka mahu bertahan pada gelombang krisis kewangan yang melanda negara. Malaysia pula ketika itu masih tidur lena dibuai mimpi. Disebabkan itulah, kini, Malaysia mengalami masalah.
Krisis Ekonomi Asia tahun 1997 telah membangunkan Negara ASEAN tetapi Malaysia ketika itu masih tidur diulit mimpi