Duit rakyat dibazirkan bayar gaji menteri lebih tiga kali ganda
Tular di media sosial jurang jumlah pendapatan menteri Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) sekali gus pembaziran duit rakyat untuk kerajaan yang mempunyai lebihan menteri.
(Malaysia Dateline) – Semasa era kerajaan PH, Yeo Bee Yin menerajui Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.
Ahli Parlimen Bakri dari DAP berkenaan dikatakan berpendapatan RM53,195.48 sebulan.
Walau bagaimanapun, kementerian tersebut dipecahkan kepada dua pada masa ini.
Khairy Jamaluddin yang menjadi Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi didakwa mempunyai pendapatan sebanyak RM61,188.22 sebulan.
Sementara itu, dua gaji menteri PN bagi kementerian yang dipecahkan itu berjumlah RM115,297.68.
Pendapatan bulanan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah yang juga Ahli Parlimen Lenggong dikatakan mencecah RM58,070.48.
Menteri Alam Sekitar Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dari Pas pula memperoleh gaji bulanan RM57,227.20.
Hal ini bermakna, Yeo Bee Yin menggalas tugas tiga menteri lelaki PN sekali gus dilihat wujudnya pembaziran duit rakyat lebih tiga kali ganda dalam Kabinet bersaiz XXXL diterajui Muhyiddin Yassin pada masa ini.