Muhyiddin sudah hilang majoriti? Betul ke?
Kalaulah betul Muhyiddin sudah hilang majoriti, sekarang ini siapa yang mempunyai majoriti? Anwar? Berapa orang Ahli Parlimen bersama Anwar? 125? Siapa 125 Ahli Parlimen tersebut? Berilah nama-nama mereka?
NO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin
Setiap hari kuncu-kuncu Pakatan Harapan dan barua-barua Cina DAP bercerita tentang kononnya Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sudah hilang majoriti dan perlu letak jawatan.
Betul ke? Bunyinya sama macam cerita “16 September” pada tahun 2008 dulu. Kononnya 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional akan berpaling tadah dan akan menyertai Pakatan Rakyat dan kerajaan Tun Abdullah Ahmad Badawi akan jatuh. Akhirnya jangan kata habuk, tapi takda apa-apa benda pun terjadi.
Kisah yang sama terjadi di Perak. Anwar Ibrahim nak rampas kuasa dari DAP, tetapi tidak ada calon Menteri Besar yang sesuai. Jadi Anwar pun rasuah ADUN Umno untuk berpaling tadah. Selepas ADUN Umno tersebut menyertai PKR, DAP tak mahu bagi jalan untuk PKR ambil alih jawatan MB Perak.
Kegagalan PKR untuk merampas kuasa dari DAP menyebabkan ADUN Umno tersebut kembali ke Umno dan dia membawa bersama dua orang ADUN PKR dan seorang lagi ADUN DAP. Maka tumbanglah kerajaan Pakatan Rakyat Perak. Akhirnya, bukan Perak yang jatuh ke tangan PKR, tetapi Perak jatuh ke tangan Umno pulak.
Semua rancangan Anwar untuk merampas kuasa gagal.
Tahun lepas, Anwar sekali lagi membuat percubaan untuk merampas kuasa dari Tun Dr Mahathir Mohamad. Akan tetapi, Mahathir bukannya bodoh seperti yang Anwar sangkakan. Maka Mahathir pun meletakkan jawatannya untuk menggagalkan rancangan Anwar itu. Bukan sahaja Anwar gagal untuk rampas kuasa, malah seluruh kerajaan Pakatan Rakyat jatuh ke tangan Perikatan Harapan.
Satu demi satu percaturan Anwar untuk merampas kuasa gagal, dan setiap kali kegagalan ini berlaku Pakatan Harapan yang akan menerima padah sehinggakan hilang kuasa. Sekarang ini pula heboh tentang Muhyiddin sudah hilang majoriti dan perlu letak jawatan pulak.
Kalaulah betul Muhyiddin sudah hilang majoriti, sekarang ini siapa yang mempunyai majoriti? Anwar? Berapa orang Ahli Parlimen bersama Anwar? 125? Siapa 125 Ahli Parlimen tersebut? Berilah nama-nama mereka?
Anwar sendiri berkata yang dia mempunyai “Strong, Formidable, Convincing majority”. Jadi, tunggu apa lagi? Dedah sahajalah nama-nama mereka? Setakat ini orang yang dikatakan menyokong Anwar sudah keluar menafikan mereka sokong Anwar. Satu orang pun belum keluar mengesahkan yang mereka sokong Anwar.
Namakan 125 Ahli Parlimen tersebut yang dikatakan sokong Anwar. Kalau tidak, tak payah cakaplah. Bising saja. Anwar dari dulu kuat temberang. Tapi temberang kosong. Dari tahun 1982 sampai ke hari ini perangai Anwar tak berubah-ubah. Tembak sana sini tapi satu apa pun tak jadi.