Jawapan Bersatu kepada surat Umno


KENYATAAN MEDIA

1.      Mesyuarat Biro Politik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) petang tadi yang dipengerusikan oleh Presiden BERSATU, YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Yassin telah bersidang bagi membincangkan surat Presiden UMNO bertarikh 26 Februari 2021 kepada Presiden BERSATU berhubung keputusan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 19 Februari 2021 di Janda Baik, Pahang.

2.      Dalam hal ini, Biro Politik mengambil maklum keputusan Majlis Tertinggi UMNO seperti berikut:-

i.      Tiada kerjasama dengan BERSATU dalam PRU-15; dan

ii.     Kebersamaan dalam Kerajaan Perikatan Nasional boleh diteruskan sehingga pembubaran parlimen.

3.      Sehubungan itu, Biro Politik mengambil ketetapan untuk membawa perkara ini untuk diputuskan dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi BERSATU pada 4 Mac 2021 (Khamis).

DATO’ SERI HAMZAH ZAINUDIN
Setiausaha Agung
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)

 



Comments
Loading...