Bukan kerajaan ‘pintu belakang’ tapi ‘pintu Istana’, kata Chandra Muzaffar


(Malaysia Now) – Pemikir terkenal Chandra Muzaffar menyanggah mereka yang menggambarkan kerajaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebagai “kerajaan pintu belakang” dengan mengatakan perubahan politik di Putrajaya tahun lepas bukan perkata yang tidak biasa berlaku di dunia.

“Saya harus terangkan dari awal lagi, saya tidak menganggap ini kerajaan pintu belakang. Sebagai ahli sains politik ini bukan kerajaan pintu belakang kerana ini sesuatu yang biasa berlaku dalam beberapa negara apa yang berlaku di negara kita.”

“Beliau (Muhyiddin) bukan back door PM beliau ini saya lebih senang kalau guna istilah dilantik dari pintu Istana. Ini adalah fakta, Muhyiddin dilantik oleh Agong dan Raja-raja,” kata beliau dalam sebuah rancangan yang disiarkan RTM sempena setahun pentadbiran Muhyiddin.

Kerajaan pintu belakang adalah gelaran kepada pentadbiran Muhyiddin yang sering digunakan pemangkang bagi mempersoalkan kepimpinan dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang tidak dipilih melalui pilihan raya.

 



Comments
Loading...