Hakikatnya, PKR sedang runtuh


WAN SAIFUL WAN JAN

Nampaknya pembangkang masih tak habis-habis dengan budaya fitnah. Strategi memburukkan kerajaan, menimbulkan keraguan, dan melontar tohmahan ini memang sudah lama jadi amalan mereka.

Kali ini ada MP PKR dakwa seorang yang tak dikenali bernama Azhar hubungi dia dan tawarkan bagi pihak parti. Siapa Azhar ini? Dia parti mana? Dalam MPT Bersatu tak ada orang bernama Azhar. Entah siapa yang hubungi dia, tiba-tiba nak fitnah orang lain pula.

Seorang MP sepatutnya tahu bahawa kalau bukan wakil rasmi parti, maka itu bukan parti lah maksudnya. Jangan lah gunakan taktik cuba kaitkan parti dengan “stranger” yang datang entah dari mana atau dicipta sendiri.

Budaya politik fitnah ini, hentikanlah. Kalau betul ada bukti, laporkan kepada polis dan SPRM. Biar disiasat sepenuhnya.

Hakikatnya, PKR sedang runtuh. Ahli sendiri tak ada keyakinan kepada PKR. Krisis dalaman PKR amat besar dan sedang membarah. Selesaikanlah dalam parti sendiri. Jangan ubah topik dan larikan perhatian dengan cara memfitnah.

 



Comments
Loading...