PEMIMPIN UTAMA ROSAKKAN PARTI UMNO


(Umno Baru) – Selamat bersidang wahai sahabat sekelian. Saya melihat dari seberang aksi perwakilan UMNO. Sedarlah parti kita sedang dirosakkan oleh pemimpin durjana yang ada kepentingan diri.

Walau apa pun cakap Zahid dan cluster 6 jahanan memberi alasan tiada kerjasama dengan PKR dan DAP namun hakikat yang berlaku kerjasama sedang dimetrai. Mereka tahu tentang perkara ini kerana mereka adalah operatornya.

Sebelum ini Bosku dan Zahid menyerahkan surat sokongan dan SD kepda YDP Agong bahawa mereka bersetuju Anwar dilantik PM . Lepas itu bila ramai yang tentang mereka buat pula surat paksa kepada semua Menteri UMNO oleh Ahmad Maslan Setiausaha Perhubungan parti.

Selepas itu mereka guna MT UMNO untuk tolak kerjasama dengan Bersatu dan tak mahu jawatan Timbalan Perdana Menteri. Kemudian mereka guna Ketua Ketua Bahagian untuk terima supaya tidak bersama Bersatu di semua peringkat.

Zahid masih nak tipu kata tak ada kerjasama dengan PKR. Ahmad Jazlan dan Tan Sri Fatmi serta Supardi sedang menyusun atur kerusi di Kelantan sekarang bukankah itu kerjasama namanya.

Surat sokongan serta SD beliau dan Bosku sendiri kepada Anwar bukankah itu adalah kerja sama. Perjumpaan dan perbincangan dengan pemimpin DAP untuk bentuk kerajaan semasa dan selepas PRU bukankah kerjasama politik namanya. Ini diakui sendiri oleh Lim Kit Siang dalam mesyuarat peringkat tertinggi DAP di Le Meredeen Putrajaya.

Surat akuan yang di berikan oleh MB Perak , Shahrani kepada ADUN DAP dan PKR untuk pastikan dia selesa sebagai MB adakah itu bukan namanya kerjasama. Sanggup mereka tendang si bebal Peja dari Bersatu dan berkompromi dengan DAP serta PKR.

Saudaraku parti kita ini mahu kemana?. Adakah kita mahu hancurkan parti keramat ini demi untuk menyelamatkan seorang Presiden yang dah tiada harga diri lagi.

Kenapa takut sangat kepada Bersatu. UMNO boleh makan Bersatu bila-bila masa. Mereka parti kecil. Tetapi kalau tak diurus betul-betul UMNO akan digigit oleh Bersatu dengan kekuatan PN sebagai kerajaan dan Perdana Menteri daripada parti mereka. Urus mereka dengan cara profesional dan beragenda untuk dominasi UMNO.

Marilah kita sama sama berfikir hala tuju sejenak. Tindakan sokong membawa rebah terhadap Presiden ini perlu dihentikan demi kedaulatan parti UMNO yang kita sayangi.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...