Anwar Ibrahim calon PM9 Pakatan Harapan untuk PRU15


(Malaysia Now) Pakatan Harapan (PH) hari ini mengumumkan Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri mewakili gabungan politik itu selain turut mengumumkan siri jelajah penerangan di seluruh negara.

Keputusan tersebut adalah antara hasil dari pemukiman dua hari pimpinannya di Port Dickson pada 8 hingga 9 April.

“Maka pemukiman pimpinan PH di Port Dickson pada 8 dan 9 April 2021 memutuskan bahawa pengerusi PH, Anwar Ibrahim mengetuai kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). dan seterusnya diangkat sebagai calon Perdana Menteri Malaysia.” kata PH dalam satu kenyataan hari ini.

 



Comments
Loading...