Anwar Yang Tidak Jujur


Dr Nazmi Airil Osidea, Kelab Che Det

1. Pada tahun 2008, selepas PKR kalah dalam pilihanraya, Anwar mengumumkan yang dia akan membentuk kerajaan dengan lompatan ahli parlimen dari Barisan Nasional untuk menyokong beiiau. Tarikh yang diberi adalah 16 September bersempena Hari Malaysia. Seluruh dunia menantinya dengan debaran. Apabila tarikh tersebut tiba, dia diam dan apa yang didakwa berulangkali di hadapan media tidak berlaku.

2. Apabila Bersatu dan kumpulan Azmin keluar dari menyokong Pakatan Harapan (PH) pada Februari 2020 dan menyokong Perikatan Nasional (PN), pada mulanya kedua-dua pihak PH dan PN mahukan Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri. Namun perletakan jawatan Mahathir menyaksikan PN mencalonkan Muhyiddin sebagai PM. Terdapat peluang untuk PH dan PN membentuk kerajaan perpaduan seperti cadangan Mahathir kerana ada sokongan majoriti untuk Mahathir.

3. Namun, tiba-tiba Anwar mencalonkan dirinya sendiri sebagai calon PM. Apabila undi dikira oleh Agong, Muhyiddin mengatasi Anwar. Hanya pada ketika itu pimpinan PH sedar lalu beralih dan mencalonkan semula Mahathir. Terdapat ‘statutory declaration’ yang cukup majoriti untuk Mahathir menjadi PM. Malangnya, Agong memutuskan untuk melantik Muhyiddin walaupun terdapat majoriti untuk Mahathir. Masa habis kerana Anwar percaya dia ada sokongan majoriti sedangkan tiada. Mahathir dengan mudah dapat membentuk kerajaan perpaduan yang stabil tetapi ini digagalkan oleh Anwar.

4. Setelah PN berkuasa, Anwar sekali lagi membuat sidang akhbar yang dia mempunyai sokongan majoriti dengan ‘convincing, strong and formidable numbers’ untuk membentuk kerajaan. Dia telah mengadap Tuanku Agong dan rupa-rupanya tidak ada satupun nama diserahkan kepada Agong. Pihak Istana menasihatkan Anwar untuk mengikuti perlembagaan. Apabila pengundian belanjawan tiba, adalah jelas, Anwar tidak ada sokongan majoriti.

5. Anwar tidak berputus asa. Dia terus berunding dengan Presiden UMNO, Zahid Hamidi untuk membentuk kerjasama antara PKR dan UMNO untuk pilhanraya. Terdapat satu rakaman yang tular tentang ini dengan suara Anwar ketawa bersama Zahid mengatakan dia mengikuti perhimpunan UMNO dan mengucapkan tahniah kepada Zahid atas ‘persembahan’ beliau dan dibalas Zahid bahawa Anwar adalah ‘gurunya’. Anwar selepas itu, di hadapan pengikutnya berkata bahawa semua ini adalah ‘rekayasa’ dan akan membuat laporan polis. Apabila ditanya dalam satu rancangan sebagai ahli panel, Anwar tidak menjawab soalan mudah bila ditanya apakah benar dia dalam rakaman perbualan itu. Dia juga tidak membuat laporan polis kerana katanya ‘sibuk’. Semua ini adalah tanda orang yang tidak jujur dan cuba menyembunyikan sesuatu.

6. Anwar juga mendakwa dia dianiaya dan tuduhan liwat ke atas beliau adalah palsu. Dia didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan berdasarkan bukti DNA sperma beliau yang ditemui dalam mangsanya, Saiful Bukhari. Saiful Bukhari sendiri menunjukkan lokasi tempat dia diliwat oleh pasukan mahkamah dengan disaksikan oleh Anwar sendiri. Dalam perbicaraan, Anwar juga memilih untuk tidak disoalbalas. Bagaimanapun, atas janji dan usaha Mahathir, Anwar dibebaskan dengan pengampunan Agong selepas PH menang pilihanraya.

7. Semua tahu akan video ‘China Doll’ yang mana kelibat Anwar dilihat mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur Cina. Dalam video itu juga, pelacur berkenaan mencuri jam Omega edisi khas milik Anwar. Rakaman CCTV hotel tempat kejadian juga menunjukkan Anwar masuk ke hotel pada tarikh kejadian. Dia menafikan dengan mengatakan bahawa orang yang kelihatan seperti beliau dalam video adalah ‘boroi’. BIla ditanya dalam sidang akhbar, jam Omega beliau tidak dapat ditunjukkan oleh beliau. Beliau juga diketahui memakai ‘bekung’ selepas kejadian.

8. Anwar adalah orang yang sukar untuk dipercayai kerana terdapat siri kata-kata dan tindakan beliau yang tidak jujur. Dia masih bercita-cita menjadi Perdana Menteri. Bagaimanapun, Anwar hanyalah satu liabiliti apabila bertanding pada pilihanraya ke-15 kerana rekodnya yang tidak jujur.

9. Seorang pengembala kambing yang meneriakkan serigala untuk menipu orang tidak akan dipercayai apabila teriakan palsu itu dibuat berulangkali.

 



Comments
Loading...