Umno sudah berpecah empat – Tun M


(Malaysia Post) – UMNO tidak akan mampu bergerak sendirian dalam menghadapi pilihan raya kerana parti itu dilihat sudah berpecah kepada empat bahagian, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengasas Parti Pejuang yang juga bekas Presiden Umno berpendapat Umno yang ada sekarang ini bukanlah Umno yang satu, tetapi berpecah kepada beberapa bahagian atau ‘kapal’.

“Umno sudah pecah dengan sebilangan yang tidak kecil sudah keluar menjadi ahli Bersatu, iaitu pecahan lagi adalah orang yang tolak bekas Perdana Menteri, Najib Razak tetapi sokong Presiden Umno ketika ini Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Zahid.

“Satu lagi pecahan yang sokong Najib dan pecahan mungkin menyokong pemimpin lain seperti Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohammad Hasan atau Datuk Seri Hishammuddin Hussein,” katanya dalam temubual eksklusif bersama Malaysiapost di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

Beliau berkata, Umno yang dipimpin Ahmad Zahid akan memutuskan calon bagi pilihan raya, namun ramai pemimpin parti itu menolak Presiden Umno itu sendiri.

“Nak buat surat untuk bertanding Zahid kena tandatangan. Tetapi Zahid pun sekarang terancam kerana ramai yang nak tolak dia, jadi Umno sudah berkecai, tiada kekuatan.

“Umno itu sudah pecah empat. Kalau Umno kata nak dapat kerusi terbanyak itu saya tidak nampak bagaimana nereka ingin dapatkannya kerana calon-calon itu mesti dapatkan tandatangan Zahid

“Kalau orang Najib nak bertanding kena persetujuan Zahid, kalau orang Hishammuddin nak bertanding perlu Zahid bersetuju dan yang masuk Bersatu itu mungkin tidak akan sertai Umno lagi,” katanya.

 



Comments
Loading...