MN SELANGOR DESAK INDUSTRI ARAK TIDAK BEROPERASI DALAM TEMPUH PKP


KENYATAAN MEDIA MUAFAKAT NASIONAL NEGERI SELANGOR

1. MN Selangor menuntut pihak MITI agar menyemak semula status kilang-kilang arak yang diletakkan di bawah kategori perkhidmatan perlu dan dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP “lockdown” dari 1 Jun sehingga 14 Jun 2021. Kebetulan dua buah kilang arak berlesen dalam negara terletak di negeri Selangor.

2. Kilang dan pengeluaran arak sangat tidak munasabah dikategorikan sebagai pembuatan perlu sebagaimana makanan dan minuman lain, dan sepatutnya ditutup dan tidak beroperasi sepanjang tempoh PKP ini sebagaimana industri “non-essential” yang lain.

3. MN Selangor berpandangan pada waktu kita berusaha dan berikhtiar memutuskan rantaian pandemik Covid 19 ini, jangan sekali-kali kita membuka pintu dan ruang kemurkaan Allah SWT. Langkah ini diyakini didukung oleh umat Islam dan rakyat Malaysia khasnya di negeri ini.

4. Mewakili ummat Islam dan rakyat yang prihatin, MN Selangor mendesak supaya industri arak dikeluarkan daripada senarai ekonomi yang essential serta merta.

5. MN Selangor turut menuntut agar kuasa menentukan sesuatu industri itu perkhidmatan perlu atau “essential services” perlulah diputuskan secara kolektif oleh MKN dan bukannya kuasa “veto” MITI agar kes seumpama kilang arak ini tidak berulang.

Dikeluarkan pada hari ini 1 Jun 2021 bersamaan 20 Syawal 1442 oleh:

PENGERUSI BERSAMA MUAFAKAT NASIONAL NEGERI SELANGOR

YB DATO’ DR AHMAD YUNUS BIN HAIRI
Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor

YB TAN SRI NOH BIN OMAR
Pengerusi UMNO Negeri Selangor



Comments
Loading...