Bicara kes rasuah Guan Eng ditangguh ke 12 Julai


(FMT) – Perbicaraan kes rasuah bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang sepatutnya bermula pada 8 Jun ini di Mahkamah Sesyen di sini, ditangguhkan ke 12 Julai.

Lim, 60, berdepan empat pertuduhan rasuah membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan jalan utama di Pulau Pinang.




Timbalan pendakwa raya Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata, penangguhan itu berikutan pelaksanaan perintah sekatan pergerakan penuh fasa pertama di seluruh negara selama dua minggu bermula 1 hingga 14 Jun.

“Perbicaraan kes itu berlangsung di hadapan Hakim Azura Alwi dan pada prosiding 12 Julai nanti, pihak pendakwaan akan memanggil lapan saksi untuk memberi keterangan,” katanya hari ini.

Sebelum ini, Wan Shaharuddin memaklumkan bahawa 125 orang saksi pendakwaan, termasuk beberapa orang anggota Exco kerajaan negeri Pulau Pinang dijangka dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan kes itu.

Mahkamah sebelum ini menetapkan 8 hingga 11 Jun; 12 hingga 16 Julai; 28 dan 29 Julai, 16 hingga 20 Ogos, 6 hingga 10 Sept, 20 hingga 24 Sept dan 13 hingga 17 Dis depan untuk perbicaraan kes.




Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Lim didakwa sebagai ketua menteri Pulau Pinang, menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan wang berjumlah RM3.3 juta dengan mengambil tindakan membantu syarikat milik Zarul Ahmad Mohd Zulkifli supaya dilantik untuk melaksanakan projek pembinaan jalan-jalan utama dan terowong di Pulau Pinang bernilai RM6,341,383,702.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa meminta suapan 10% daripada keuntungan yang akan diperoleh daripada Zarul sebagai upah bagi membantu syarikat milik ahli perniagaan itu dilantik untuk projek sama.




Lim dituduh melakukan perbuatan itu berhampiran hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, di sini, pada Mac 2011, antara 12.30 tengah malam dan 2 pagi.

Ahli Parlimen Bagan itu juga dituduh atas dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik kerajaan negeri Pulau Pinang bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri tersebut yang didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, KOMTAR, pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.

1. FROM THE MACC FILES Part 1: Guan Eng Collected 10% But AG Buried The Case

2. FROM THE MACC FILES Part 2: How the Penang Undersea Tunnel deal with Guan Eng started

3. FROM THE MACC FILES Part 3: Nazri played a leading role in the Penang Undersea Tunnel deal

4. FROM THE MACC FILES Part 4: The Names Of The Others Who Received Bribes For The Penang Undersea Tunnel

5. FROM THE MACC FILES Part 5: Zarul Paid A RM22 Million Bribe To Close The Investigation On The Penang Undersea Tunnel

6. FROM THE MACC FILES Part 6: When And How Much Bribes Were Paid To Guan Eng

7. FROM THE MACC FILES Part 7: Zarul Says He Also Paid Nazri Aziz RM500,000

8. FROM THE MACC FILES Part 8: RM22 Million In Bribes To Get The MACC To NFA The Penang Undersea Tunnel Investigation

9. FROM THE MACC FILES Part 9: Guan Eng Owns 10% Of The Penang Undersea Tunnel Land-Swap Deal

10. FROM THE MACC FILES Part 10: Details Of The RM19 Million Bribe To Close The MACC Investigation Into The Penang Undersea Tunnel Corruption



Comments
Loading...