Raja Datuk Idris dilantik gantikan MP Umno di Lembaga Getah M’sia


(Bernama) – Timbalan Ketua Setiausaha (Perladangan dan Komoditi) Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) Mad Zaidi Mohd Karli dilantik sebagai Pengerusi Interim Lembaga Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk terus mengelola lembaga itu.

Dalam kenyataan hari ini, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Mohd Khairuddin Aman Razali berkata YM Raja Datuk Haji Idris Raja Kamarudin pula dilantik sebagai pengerusi Lembaga Getah Malaysia (LGM) berkuat kuasa 15 April selepas perkhidmatan Ahmad Nazlan Idris ditamatkan pada 14 April lalu.

Perubahan di MPOB itu berikutan kenyataan media Ahmad Nazlan yang menolak jawatan pelantikan sebagai Pengerusi MPOB menggantikan Ahmad Jazlan Yaakob yang meletak jawatan.

Sehubungan itu, Khairuddin berkata calon baru bagi jawatan tersebut akan ditentukan semula oleh beliau.

Sebagai tokoh korporat, antara mandat utama yang diamanahkan oleh menteri kepada Raja Idris ialah menyusun kembali hala tuju hartanah yang dimiliki oleh LGM, menyelesaikan isu berbangkit melibatkan lima fasiliti di Sungai Buloh yang masih tergendala sejak beberapa tahun lepas dan pelan strategik baru LGM serta LGM Properties Corporation (LGMPC) sebagai anak syarikat yang menguruskan hartanah termasuk ladang-ladang milik LGM.

Selaku tokoh korporat yang pernah mengetuai Kumpulan Perangsang Selangor Berhad dan TDM Berhad, anak syarikat kerajaan negeri Terengganu, beliau berharap pelantikannya bakal membawa LGM ke mercu tanda pengurusan yang lebih baik dan profesional, berintegriti serta telus berasaskan konsep tadbir urus Rabbani yang ditekankan kepada semua pengurusan tertinggi KPPK serta agensi di bawahnya.

************************************************************************

KENYATAAN MEDIA
PEMAKLUMAN PELANTIKAN PENGERUSI MPOB DAN LGM

1. Adalah dimaklumkan bahawa YB Dato’ Ahmad Nazlan Idris telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Sawit Malaysia (MPOB) berkuatkuasa 15 April 2021 menggantikan YB Datuk Ahmad Jazlan Yaakob yang telah meletakkan jawatan.

2. Bagaimanapun berikutan kenyataan media YB Dato’ Ahmad Nazlan yang menolak jawatan pelantikan sebagai Pengerusi MPOB, calon baharu bagi jawatan tersebut akan ditentukan semula oleh YB Menteri. Justeru, bagi melancarkan pentadbiran dan pengurusan, Timbalan Ketua Setiausaha (Perladangan dan Komoditi), Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK), Mad Zaidi Mohd Karli dilantik sebagai Pengerusi Interim Lembaga Pengarah MPOB untuk terus mengelola Lembaga itu.

3. Sehubungan itu, dimaklumkan bahawa perkhidmatan YB Dato’ Ahmad Nazlan sebagai Pengerusi Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah ditamatkan pada 14 April 2021 dan YM Raja Dato Idris Raja Kamaruddin dilantik menjadi Pengerusi LGM berkuat kuasa pada 15 April 2021.

4. Sebagai tokoh korporat, antara mandat utama yang diamanahkan oleh Menteri kepada YM Raja Dato Idris ialah menyusun kembali hala tuju hartanah yang dimiliki oleh LGM, menyelesaikan isu berbangkit melibatkan lima fasiliti di Sungai Buloh yang masih tergendala sejak beberapa tahun yang lalu dan pelan strategik baru LGM serta LGM Properties Corporation (LGMPC) sebagai anak syarikat yang menguruskan hartanah termasuk ladang-ladang milik LGM.

5. Selaku tokoh korporat yang pernah mengetuai Kumpulan Perangsang Selangor Berhad dan TDM Berhad, anak syarikat Kerajaan Negeri Terengganu, diharapkan pelantikan beliau bakal membawa LGM ke mercu tanda pengurusan yang lebih baik dan profesional, berintegriti serta telus berasaskan konsep tadbir urus Rabbani yang ditekankan oleh YB Menteri kepada semua Pengurusan Tertinggi KPPK serta agensi dibawahnya.

YB DATO’ DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI
5 JUN 2021

 



Comments
Loading...