Sikap EU punca Malaysia lambat peroleh vaksin Covid-19


(Utusan) – Ketidakadilan pengagihan bekalan vaksin Covid-19 menyebabkan negara Asia termasuk Malaysia ketinggalan berbanding negara yang bernaung di bawah Kesatuan Eropah (EU).

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, negara EU berunding dengan pembekal vaksin Covid-19 bagi membolehkan pembelian secara pukal manakala kilang vaksin semuanya berada di negara Eropah.

Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, atas faktor itulah, kadar vaksinasi Malaysia bergantung kepada bekalan di mana semua bekalan terbabit dibolot negara di bawah EU.

“Tindakan mereka juga menyebabkan negara Asia termasuk Jepun yang dikenali sebuah negara yang mahu turut terkebelakang apabila membabitkan vaksinasi berbanding Eropah seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada manakala Amerika Selatan yang menerima bantuan Amerika Syarikat juga mencapai imuniti kelompok lebih awal.

“Sepatutnya buatlah perbandingan dengan negara jiran seperti Indonesia, Filipina, Vietnam kerana Malaysia mendahului semua negara itu apabila melibatkan kadar vaksinasi dan kita menghampiri Jepun. Ini adalah usaha kerajaan padar kadar yang tinggi,” katanya dalam sidang akhbar perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba secara maya, hari ini.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, kerajaan boleh membuka pusat pemberian vaksin (PPV) mega namun ia tidak bermakna sekiranya bekalan vaksin tidak mencukupi.

Katanya, jika PPV mega dibuka manakala bekalan vaksin tidak cukup maka sudah pasti, rakyat akan mempertikai dan marahkan kerajaan atas pembaziran membuka PPV.

“Ada pihak mengkritik mengenai PPV mega yang baru dibuka, kerajaan bukannya tidak mahu membukanya tetapi bekalan tidak cukup.

“Apabila bekalan sudah sampai dan mencukupi, barulah kerajaan membuka banyak PPV supaya kadar vaksinasi dapat dipertingkatkan sekali gus mencakapi komuniti kelompok lebih cepat,” katanya.

Beliau berkata, perkara ketidakadilan ini sudahpun dibangkit sejak awal lagi kerana UK membeli lima kali ganda vaksin dari jumlah rakyatnya begitu juga Kanada.

“Apabila mereka sudah capai imuniti kelompok, barulah mereka seperti Amerika Syarikat dan Jepun malah China menawarkan vaksin sedangkan Malaysia sudah lama menunggunya,” katanya.

 



Comments
Loading...