Polis terima laporan himpunan baju hitam berjuang demi Anwar


(Agenda Daily) – Lebih 20 laporan polis diterima seluruh negara berhubung himpunan haram baju hitam yang berjuang untuk mengangkat bakal Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua mereka.

Laporan dibuat oleh orang ramai yang membantah tindakan penganjur mengadakan perhimpunan itu di ibu negara semalam.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani yang memaklumkan seramai 29 individu yang terlibat dalam perhimpunan haram pada Sabtu sudah dikenal pasti.

Jelasnya kesemua individu itu akan dipanggil untuk memberi keterangan.

“Setakat ini 29 individu telah dikenal pasti dan akan dipanggil untuk melengkapkan kertas siasatan manakala beberapa individu lain masih dalam proses dikenal pasti daripada rakaman video dan gambar.

“Kesemua individu yang terlibat diminta memberikan kerjasama dalam siasatan penganjuran perhimpunan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu jelas Acryl Sani, pemantauan pihak polis mendapati terdapat pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) oleh peserta perhimpunan tersebut.

“Pemantauan PDRM semasa perhimpunan berkenaan telah mengesan insiden-insiden dimana penganjur dan peserta perhimpunan secara jelas telah melanggar syarat-syarat SOP PPN serta Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2021 yang sedang berkuat kuasa.

“Polis telah memulakan siasatan ke atas penganjur dan peserta perhimpunan berkenaan di bawah Peruntukan Akta 342 dan akta-akta lain yang relevan,” jelasnya lagi.

 



Comments
Loading...