Umno sebulat suara sokong Ismail Sabri calon PM, kata sumber


(Malaysiakini) – Umno dikatakan mencapai kata sepakat untuk menyokong Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri bagi menggantikan Muhyiddin Yassin.

Menurut sumber Umno, persetujuan itu dicapai hasil pertemuan ahli-ahli parlimen parti itu di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Katanya langkah itu diambil sebagai usaha mengelakkan perpecahan berlaku dalam Umno.

Semenara itu ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Armand Azha Abu Hanifah, dalam hantaran di Facebook berkata, dengan sokongan tersebut ahli parlimen Bera itu dijangka akan memiliki sokongan 115 ahli parlimen.

Jika menjadi kenyataan, jumlah itu mencukupi untuk naib presiden Umno terbabit mendapat sokongan majoriti di parlimen.



Comments
Loading...