Dua pemimpin Pas nama baharu Kabinet


(Utusan) – Dua pemimpin Pas antara nama baharu dalam barisan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Mereka adalah Naib Presiden Pas, Idris Ahmad yang dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) manakala Ketua Dewan Ulama Pas, Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II.

Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh

Dua pemimpin Pas masih kekal sebagai menteri iaitu Timbalan Presiden, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (Menteri Alam Sekitar dan Air) dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (Menteri Tenaga dan Sumber Asli).

Selain itu, empat pemimpin Pas kekal sebagai timbalan menteri iaitu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary; Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff; Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim dan Timbalan Menteri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Amzad Mohamed @ Hashim.

Jumlah pemimpin Pas dalam Kabinet masih kekal dengan tiga menteri dan lima timbalan menteri.

Terdapat dua pemimpin Pas iaitu Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali yang digugurkan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Datuk Che Abdullah Mat Nawi digugurkan daripada jawatan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan.

 



Comments
Loading...