Ismail dilantik Agong, tak perlu undi percaya, kata peguam negara


(Malaysia Now) – Peguam Negara Idrus Harun berkata hari ini tidak perlu pengesahan terhadap pelantikan Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri atau kerajaan pimpinannya kerana ia ditubuhkan mengikut undang-undang.

Idrus menambah sekiranya masih memerlukan keabsahan, ini bermakna kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong berhubung perkara itu boleh diatasi pihak lain.

“Langkah sedemikian adalah tidak selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan menidakkan kuasa Agong seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 



Comments
Loading...