Bapa Reformasi atau Batu Penghalang
Ketika semua mata tertumpu pada jawatan Perdana Menteri dan Speaker Parlimen apabila Parlimen bersidang semula pada minggu ini. Bagaimana pula dengan jawatan Ketua Pembangkang? Nampaknya, terdapat juga suara untuk mengadakan undian yang disebut “undi percaya” di dalam Pakatan sendiri. (Lihat di sini).
Tan Poh Lai
Kita mengakui bahawa Anwar Ibrahim telah memberi sumbangan yang besar kepada Pakatan. Namun, Anwar telah diberikan banyak peluang untuk menjadi PM. Sekarang, kita semua tahu, bahawa ayat sensasi Anwar “Saya mempunyai angka yang cukup” iaitu tuntutan hampir setahun yang lalu dan hanyalah merupakan satu pertaruhan. Tuntutan Anwar yang sama bahawa beliau mempunyai jumlah Ahli Parlimen yang mencukupi untuk menjatuhkan kerajaan pada 20 tahun yang lalu, juga merupakan pertaruhan. Menurut artikel penganalisa politik (Lihat di sini), Anwar telah membuat sekurang-kurangnya 4 – 6 cubaan untuk menjadi PM Malaysia. Dalam semua percubaan ini, beliau tetah gagal merealisasikannya dan sekarang kita tahu Ismail Sabri sebagai PM ke-9 Malaysia.
Sejak PKR ditubuhkan, Anwar telah mengetuai PKR. Dalam tempoh itu, terdapat banyak perkara dimana katanya tidak dikotakan. Oleh itu, terdapat perpecahan yang serius didalam PKR dan kemuncaknya adalah pada pemilihan parti dalaman pada tahun 2018/2019. Dalam pemilihan ini, untuk semua jawatan yang ditandingi, terdapat calon daripada kedua-dua puak. Nampaknya, parti telah terpecah kepada dua. Ini adalah akibat daripada konflik yang tidak dapat diselesaikan selama beberapa dekad sebelum ini (Lihat di sini).
Selepas pemilihan parti berlangsung, terdapat satu lagi acara yang ditunggu-tunggu iaitu Kongres Nasional Parti pada Disember 2019. Sepatutnya, setelah pemilihan parti yang begitu berkecamuk, tibalah masa untuk mengembalikan saf semula. Namun, ini tidak berlaku seperti yang diharapkan. Acara tersebut berlangsung di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka pada 6 Disember sehingga 8 Disember, 2019. Secara tradisinya, acara ini akan bermula pada 6 Disember, di mana sayap Wanita dan sayap Pemuda parti akan mengadakan Kongres masing-masing pada hari Jumaat, mendahului acara Kongres Nasional utama pada hari Sabtu dan Ahad.
Namun, menjelang kongres ini, berlaku pelanggaran protokol konvensyen yang tidak pernah terjadi sebelum ini. Menurut tatacara konvensyen, Timbalan Presiden parti akan merasmikan Kongres sayap Wanita dan Pemuda pada hari pertama sementara Presiden akan merasmikan Kongres Nasional utama pada hari berikutnya. Walau bagaimanapun, untuk pertama kalinya, penganjur Kongres ini tidak menjemput Timbalan Presiden parti yang merupakan pemimpin puak penentang, untuk merasmikan Kongres Wanita dan Pemuda.
Ini merupakan isyarat pergolakan terbuka yang menyebabkan golongan penentang untuk membuat sesuatu yang diluar dugaan iaitu mengadakan Kongres yang berasingan pada hari yang sama di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur. Ironinya, hotel ini adalah tempat yang sama PKR ditubuhkan 20 tahun yang lalu! Sekira Kongres berasingan atau alternatif berlaku, ia akan mengakibatkan perang terbuka dalaman PKR dipamerkan di khalayak ramai. Oleh itu, para pendamai di dalam parti telah bertungkus-lumus untuk menghentikan api yang kian marak. Oleh itu, satu persefahaman telah dibuat. Syarat yang utama ialah sebarang pihak tidak dibenarkan menyerang pihak yang lain dengan ucapan-ucapan dalam Kongres. Ucapan-ucapan harus hanya berkisar pada dasar-dasar mengukuhkan parti.
Pada hari pembukaan Kongres Wanita, Timbalan Presiden telah berucap mengikut syarat-syarat persefahaman damai. Oleh itu, persidangan itu berlaku dengan lancar. Namun, ini tidak terjadi dalam Kongres Pemuda, di mana berlakunya kekecohan (Lihat di sini). Oleh itu, semua perhatian tertumpu kepada Kongres Nasional yang diadakan pada keesokan harinya.
Anwar meneruskan Kongres Nasional itu dengan memberikan ucapan presidennya pada hari keesokan. Dia bercakap mengenai Si Kitol (Lihat di sini). Menurut sejarah Melayu, Si Kitol dan Raja Mendeliar adalah pembelot, individu punca perpecahan di Melaka pada abad ke-16, penyebab Melaka terdedah kepada serangan Portugis seterusnya menjadi punca kejatuhan Kesultanan Melaka.
Dengan merujuk kepada tokoh legenda Si Kitol ini, jelas bahawa dia bercakap mengenai pembelotan di dalam parti itu sendiri dan bercakap mengenai pengkhianatan. Dengan jelas perdamaian yang begitu susah dicapai sebelum ini telah terpecah. Katanya tidak dikotakan dan kekecohan telah berlaku.
Sebilangan ahli parti melangkah keluar dari kongres tersebut apabila Anwar mengungkitkan semula isu tersebut didalam ucapannya. Sebilangan pemimpin dan Ahli Parlimen yang berada di atas pentas turut berjalan keluar bersama ahli-ahli sebelum ini. Sudah jelas bahawa kata sepakat antara kelompok di dalam parti semakin goyah selepas ucapan Anwar.
Majlis makan malam pada Ahad 8 Disember yang diadakan oleh kelompok penentang mendapat sambutan yang luar biasa! Majlis itu dilabel sebagai “Makan Malam Penghargaan” untuk “Wawasan Kemakmuran Bersama”, tetapi semua tahu bahawa mereka yang hadir pada malam tersebut tidak puas hati dengan ungkapan Si Kitol yang dilontar oleh Anwar. Ketika ditanya mengapa Anwar berbuat demikian, dia hanya mengetepikan pertanyaan itu. Tidak ada penjelasan yang munasabah diberikan.
Adakah Malaysia mahu mengambil risiko dengan membenarkan Anwar terus menerajui pembangkang? Tidakkah corak tingkah laku di atas dianggap melulu?
Sudah terdapat banyak permintaan agar Anwar mengundurkan diri. Rupa-rupanya halangan utama untuk mengundurkan diri adalah keengganannya untuk melepaskan diri dari jawatan itu secara sukarela. Sebelum Ismail Sabri diumumkan sebagai Perdana Menteri ke-9, terdapat kesepakatan bahawa sekiranya Anwar tidak dapat majoriti, Shafie patut diberikan peluang untuk mendapatkan majoriti (Lihat di sini). Bukankah sudah tiba masanya untuk melaksanakannya perjanjian kesepakatan? Seperti yang telah diperkatakan memerangi Covid19, penggunaan pendekatan yang sama tetapi harap hasil yang berbeza adalah tidak munasabah. Sama juga jika menggunakan peta jalan lama dengan menjadikan Anwar sebagai Ketua Pembangkan dalam politik yang berkembang pesat ini boleh dianggap sebagai tidak munasabah.
Satu-satunya alternatif munasabah adalah membenarkan Shafie membuktikan bahawa dia mempunyai majoriti dan mengubah peta jalan untuk Pakatan. Biarkan Shafie yang pernah menjadi batu penjuru di sebalik latar belakang menjadi tonggak kemenangan Pakatan dalam PRU yang akan datang.