UMNO, PAS Selangor tegas jalin kerjasama berdepan PRU-15


(Suara TV) – Jalinan kerjasama Muafakat Nasional (MN) Selangor tetap diterus dan disemarakkan di Selangor bagi mendepani PRU-15.

Keputusan MN Selangor itu dibuat meskipun situasi di peringkat pusat masih samar.

Ketetapan penting itu dinyatakan dalam kenyataan media bersama Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.

“Aktiviti dan program bersama atas nama MN akan terus dirancakkan bagi mengukuhkan hubungan kedua-dua parti di Selangor,” kata mereka.

Setakat ini, BN dan Bersatu dilihat berkemungkinan besar bertembung dalam pilihan raya umum akan datang.

Pendirian PAS bagaimanapun dilihat masih belum cukup jelas untuk bersama gabungan mana.

Sementara itu, dalam kenyataan itu, Noh dan Yunus juga menegaskan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap kerajaan “Keluarga Malaysia” pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

 



Comments
Loading...