PAS BOLEH JADI PENENTU DALAM PRN MELAKA
Kamarul Yusoff
Sukar untuk difahami bila ada yang masih berani memperkecilkan dan membuang terus PAS dari perkiraan mereka dalam PRN Melaka.
Sedangkan jika diteliti kepada keputusan kerusi DUN Melaka dalam PRU 14 PAS mampu menjadi penentu yang mengubah situasi.
Sepertimana yang kita semua tahu, dalam PRU 14 PH hanya menang 15 kerusi manakala BN pula menang 13 kerusi di DUN Melaka.
Tetapi tahukah anda jika BN dan PAS bekerjasama dalam PRU 14 lalu PH sebenarnya hanya mampu menang 9 kerusi sahaja di DUN Melaka?
Ini kerana ada 6 daripada 15 kerusi yang dimenangi oleh PH dalam PRU 14 lalu yang sebenarnya kalah oleh gabungan undi BN dan PAS.
6 kerusi ini ialah:
(1) Kerusi N.07 Gadek yang dimenangi oleh calon PH-DAP, G. Saminathan, dengan 4,392 undi berbanding 5,950 undi yang diperolehi oleh calon BN-MIC, Panirchelvam A/L Pichamuthu (4,085 undi), dan calon PAS, Emransyah Bin Ismail (1,865 undi).
(2) Kerusi N.09 Durian Tunggal yang dimenangi oleh calon PH-AMANAH, Sofi Wahab, dengan 5,213 undi berbanding 5,841 undi yang diperolehi oleh calon BN-UMNO, Ab Wahab Bin Ab Latip (4,450 undi), dan calon PAS, Hj. Mohsin Ibrahim (1,391 undi).
(3) Kerusi N.14 Kelebang yang dimenangi oleh calon PH-PKR, Gue Teck, dengan 7,648 undi berbanding 9,131 undi yang diperolehi oleh calon BN-MCA, Datuk Lim Ban Hong (6,859 undi), dan calon PAS, Mohd Shafiq Ismail (2,272 undi).
(4) Kerusi N.21 Duyong yang dimenangi oleh calon PH-DAP, Damian Baba Yeo, dengan 7,642 undi berbanding 7,685 undi yang diperolehi oleh calon BN-MCA, Lee Kiat Lee (4,747 undi), dan calon PAS, Ustaz Kamarudin Sedik (2,938 undi).
(5) Kerusi N.23 Telok Mas yang dimenangi oleh calon BERSATU, Noor Effandi Ahmad, dengan 7,694 undi berbanding 9,570 undi yang diperolehi oleh calon BN-UMNO, Datuk Abdul Razak Bin Abdul Rahman (6,406 undi), dan calon PAS, Ustaz Rosazli Md Yasin (3,164 undi).
(6) Ker isi N.24 Bemban yang dimenangi oleh calon PH-DAP, Dr. Wong Fort Pin, dengan 6,998 undi berbanding 8,415 undi yang diperolehi oleh calon BN-MCA, Datuk Koh Chin Han (5,653 undi), dan calon PAS, Suhaimi Harun (2,762 undi).
Memang benar situasi dalam PRU 14 mungkin agak berbeza dengan situasi sekarang, tetapi tidakkah anda mahu belajar dari kisah silam yang memeritkan?
Mengapa kita masih mahu memperjudikan nasib dan merisikokan diri sendiri sedangkan kita tahu keadaan pasti akan berubah dengan wujudnya perpaduan?