Polisi tidak suntik vaksin, tiada kerja diperkenal di New Zealand
(AFP) – New Zealand hari ini mengumumkan polisi ‘tidak suntik vaksin, tidak boleh kerja’ kepada semua petugas kesihatan dan guru di seluruh negara.
Langkah itu diambil sebagai usaha berterusan mengurangkan kadar jangkitan Covid-19.
Menteri Tindakan Covid-19, Chris Hipkins yang juga merangkap menteri pendidikan menegaskan, kerajaan berusaha sebaik mungkin untuk mengawal kadar jangkitan dan tidak akan mengambil jalan mudah untuk melakukannya.
“Kami tidak mahu terlepas apa pun, maka polisi ini perlu diikuti. Jika enggan, anda perlu menanggung sendiri akibatnya,” katanya.
Golongan doktor, jururawat dan petugas kesihatan yang lain perlu mendapatkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 menjelang 1 Disember ini.
Kumpulan guru dan kakitangan sekolah juag diwajibkan mengambil vaksin lengkap menjelang 1 Januari 2022.
Selain itu, kesemua sekolah rendah perlu menyimpan pendaftaran status vaksinasi pelajar.
Jelas Hipkins, vaksinasi masih menjadi antara kaedah paling efektif untuk melindungi orang ramai daripada jangkitan koronavirus.