Selangor pun kalah, nak cerita pasal Melaka pulak
Isham mendakwa, sekali lagi PPBM akan membantu PH untuk menang dengan memecahkan undi Melayu seperti yang mereka lakukan semasa PRU-14 yang lepas.
(Malaysia Gazette) – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) didakwa sudah goyang apabila tidak pasti untuk menggunakan lambang apa pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Jika PPBM menggunakan lambang Perikatan Nasional (PN), parti ini akan hilang undi Melayu Pas.
Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Negeri Selangor, Isham Jalil berkata, jika mereka menggunakan lambang Pas, besar kemungkinan bukan Melayu tidak akan undi parti ini.
Menurut Isham, PPBM tahu sukar bagi mereka untuk menang apa-apa kerusi dalam Pilihan Raya Negeri Melaka, tambahan dengan rekod buruk mereka mentadbir kerajaan selama 39 bulan sebelum ini (22 bulan dalam Pakatan Harapan (PH) dan 17 bulan dalam PN).
“Kini mereka hanya ingin pecahkan undi Melayu sahaja supaya Barisan Nasional tidak menang,” dakwa Isham yang mengulas kenyataan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang memaklumkan PN belum membuat keputusan muktamad berhubung penggunaan logo bagi menghadapi PRN Melaka pada 20 November depan.
Pengarah Pilihan Raya PN itu menambah, maklumat berkaitan penggunaan logo hanya akan diumumkan selepas keputusan dicapai semua parti komponen dalam PN.
Isham mendakwa, sekali lagi PPBM akan membantu PH untuk menang dengan memecahkan undi Melayu seperti yang mereka lakukan semasa PRU-14 yang lepas.