Pemilihan PAS: Anak Hadi dapat undi tertinggi, Nik Abduh tewas


(FMT) – Anak Abdul Hadi Awang mendapat undian tertinggi sebagai ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, manakala Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, gagal mempertahankan jawatannya itu pada pemilihan parti kali ini.

Muhammad Khalil Abdul Hadi yang juga ADUN Batu Burok meraih 884 undi manakala Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor mendapat 877 undi untuk menduduki tempat kedua.

Kemenangan menyakinkan Khalil sememangnya dijangka, dan sealiran dengan sentimen perwakilan yang mengekalkan Hadi sebagai Presiden parti tanpa bertanding.

Namun kekalahan Nik Abduh – anak tokoh utama PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga bekas Murshidul Am PAS – dilihat sebagai mengejutkan.

Jumlah undi yang diperolehi Ahli Parlimen Bachok itu dan 17 calon lain yang kalah dalam saingan untuk 18 kerusi dalam Jawatankuasa Kerja PAS Pusat tidak diumumkan.

Turut senasib dengan Nik Abduh ialah Mohd Khairuddin Aman Razali dan Mokhtar Senik.

Pemilihan PAS turut menyaksikan ketiga-tiga Naib Presiden parti iaitu Idris Ahmad, Ahmad Samsuri Mokhtar dan Mohd Amar Abdullah mengekalkan jawatan apabila pencabar tunggal, Muhd Zuhdi Marzuki tewas.

Sebelum ini, Hadi dan Tuan Ibrahim Tuan Man diumum menang tanpa bertanding sebagai Presiden dan Timbalan Presiden.

Keputusan itu diumumkan wakil Jawatankuasa Pemilihan PAS, Nur Khuzaini Ab Rahman.

Berikut adalah keputusan pemilihan AJK PAS Pusat bagi sesi 2021-2023:

Pengerusi Tetap

Hussin Ismail (Menang tanpa bertanding)

Timbalan Pengerusi Tetap

Kamal Shaari (Menang tanpa bertanding)

Presiden

Abdul Hadi Awang (Menang tanpa bertanding)

Timbalan Presiden

Tuan Ibrahim Tuan Man (Menang tanpa bertanding)

Naib Presiden
1. Idris Bin Ahmad dengan 1,164 undi (kekal jawatan)
2. Ahmad Samsuri Mokhtar dengan 778 undi (kekal jawatan)
3. Mohd Amar Bin Abdullah dengan 956 undi (kekal jawatan)

AJK PAS Pusat 2021-2023
1. Muhammad Khalil Abdul Hadi (884 undi)
2. Muhammad Sanusi Md Nor (877 undi)
3. Kamaruzzaman Mohamad (872 undi)
4. Khairil Nizam Khirudin (844 undi)
5. Riduan Mohd Noor (841 undi)
6. Iskandar Abdul Samad (822 undi)
7. Dr Halimah Ali (774 undi)
8. Dr Mohd Fadzli Hassan (736 undi)
9. Ahmad Marzuk Shaari (707 undi)
10. Mohd Nassuruddin Daud (706 undi)
11. Najihatussolehah Ahmad (695 undi)
12. Siti Zailah Mohd Yusoff (688)
13. Azman Ibrahim (679 undi)
14. Nasrudin Hassan (645 undi)
15. Ahmad Amzad Mohamed (615 undi)
16. Aliakbar Gulasan (613 undi)
17. Mahfodz Mohamed (609 undi)
18. Dr Rosni Adam (609) undi



Comments
Loading...