Anwar Ibrahim dan ‘Langkah Paya Rumput’


Anwar sebenarnya terlibat dengan keruntuhan kerajaan negeri Melaka – ini bukanlah rahsia kerana dia telah mengadakan banyak mesyuarat bersama empat “katak” sebelum mereka melompat dan menjatuhkan kerajaan negeri.

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

Anda pasti pernah mendengar Langkah Kajang, Langkah Port Dickson, dan Langkah Sheraton. Tapi, pernahkah anda mendengar Langkah Paya Rumput?

Secara rasminya, calon Pakatan Harapan untuk kerusi Ketua Menteri Melaka – Adalah Adly Zahari, jika mereka menang pilihanraya negeri pada hari Sabtu ini.

Namun, secara bukan rasminya, Shamsul Iskandar Md. Akin daripada PKR adalah calon Ketua Menteri .

Inilah sebabnya Anwar Ibrahim akan turun padang ke DUN Paya Rumput dalam sehari dua ini sehingga hari mengundi pada iaitu Sabtu ini. Hanya untuk berkempen secara peribadi untuk Shamsul.

Terdapat lima calon-calon yang bertanding di DUN Paya Rumput – Mohamad Hashidi Mohd Zin daripada PUTRA, Shamsul Iskandar Md Akin daripada PKR, Muhammad Faris Izwan Mazlan daripada Bersatu, Rais Yassin daripada Umno-BN, dan seorang calon bebas.

Anwar perlu memastikan kemenangan Shamsul. Jika tidak, PKR tidak boleh menjadi Ketua Menteri sebaliknya, Adly Zahari pilihan DAP yang akan menjadi Ketua Menteri baru.

Anwar diberitahu bahawa Rais Yasin daripada UMNO-BN akan menang pada hari Sabtu. Ini adalah kerana bapa beliau adalah bekas ADUN Paya Rumput selama tiga penggal dan telah banyak berbakti kepada penduduk Paya Rumput. Kesemua pengundi masih ingat akan jasa beliau. Malah, Rais Yasin tidak pernah mempunyai apa-apa skandal atau rahsia seperti Shamsul.

Shamsul bukanlah anak tempatan malah parti PKR sendiri tidak setuju dengan pencalonannya di DUN Paya Rumput. Anwar tengah risau jika Jentera PKR sendiri mensabotaj Shamsul, ia akan memberi kelebihan kepada Rais Yasin, calon UMNO-BN.

Parti DAP mengetahui yang Anwar mahukan Shamsul, bukannya Adly sebagai Ketua Menteri Pakatan Harapan. Inilah sebabnya Anwar memberi laluan untuk Shamsul bertanding di kerusi DUN Paya Rumput menjangkakan kerusi tersebut adalah selamat dan Shamsul boleh memenanginya dengan mudah.

Tetapi sebaliknya ia kelihatan bahawa kerusi DUN Paya Rumput bukanlah kerusi selamat seperti yang dijangkakan. Maka inilah alasan sebenar Anwar berkempen secara peribadi di Paya Rumput untuk memastikan bahawa Langkah Paya Rumputnya untuk menjadikan Shamsul Ketua Menteri Melaka menjadi kenyataan.

Shamsul Iskandar menjadikan setiausaha sulitnya sebagai umpan untuk menjerat Azmin Ali

Shamsul adalah dalang disebalik video Semburit yang melibatkan Azmin Ali dan Haziq Abdul Aziz. Haziq merupakan Setiausaha Sulit Kanan Shamsul pada masa tersebut.

Anwar terlibat dengan kejatuhan kerajaan Melaka – ini bukanlah rahsia kerana dia telah mengadakan banyak mesyuarat bersama empat “katak” sebelum mereka melompat dan menjatuhkan kerajaan negeri

Anwar mula terlibat di dalam plot menjatuhkan kerajaan Melaka.
Kementerian Kesihatan telah memberi amaran bahawa kes jangkitan Covid-19 sedang meningkat dan mereka menjangkakan sebuah gelombang baru yang akan melanda negara bulan hadapan. Perkara ini pernah terjadi pada pilihanraya negeri Sabah tahun lepas dan kementerian tersebut merasakan pilihanraya negeri Melaka yang sedang berlangsung akan memberi kesan yang sama.

Ada yang pendapat mengatakan bahawa kehadiran Anwar di Paya Rumput akan melakukan lebih banyak kerosakan daripada kebaikan untuk kempen Shamsul. Ramai orang di Melaka mengutuk Pakatan Harapan atas janji-janji palsu yang memaksa Anwar untuk membuat kenyataan meminta maaf atas kegagalan Pakatan Harapan untuk menunaikan janji pilihanraya tahun 2018 pada dua hari lepas.

Pengundi-pengundi di Melaka sebenarnya tahu bahawa Anwar bersekongkol dan bersubahat dengan empat ‘katak’ di dalam plot untuk menjatuhkan kerajaan negeri Melaka. Oleh yang demikian, mereka akan menghukum Shamsul, yakni proksi Anwar pada hari Sabtu ini. Jadi adakah Rais Yasin akan dinobatkan sebagai Giant Killer?

 



Comments
Loading...