‘Wallahi’ saya tak pernah arah RM42 juta dimasuk dalam akaun, kata Najib


(Malaysia Now) – Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini sekali lagi bersumpah menggunakan nama Allah beliau tidak pernah mengarahkan sesiapa untuk memindahkan dana RM42 juta SRC International ke dalam akaun peribadinya, sehari selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan atas salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram.

Najib berkata beliau tidak pernah memainkan peranan dalam transaksi dana yang besar tersebut yang didakwa diderma oleh Raja Abdullah.

“Sebagai seorang yang beragama Islam, saya nyatakan atas nama Allah.

“Wallahi, wabillahi, watallahi bahawa saya tidak minta dan saya tidak pernah mengarahkan sesiapa untuk memindahkan dana RM42 juta itu.”

Najib sudah beberapa kali bersumpah menggunakan cara Islam bagi menafikan tuduhan terhadap beliau.

Beliau dua kali bersumpah demikian sepanjang perbicaraan kesnya tahun lalu.

Beliau juga sebelum ini pernah ke masjid untuk mengisytiharkan tidak bersalah dalam pembunuhan melibatkan seorang warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006.

https://www.malaysianow.com/berita/2021/12/09/wallahi-saya-tak-pernah-arah-rm42-juta-dimasuk-dalam-akaun-kata-najib/



Comments
Loading...