Benarkah 14% tiada rekod vaksin adalah jemaah umrah?


Lebih lama masa KKM ambil untuk laksana siasatan, lebih teruk persepsi masyarakat terhadap jemaah umrah.

(MalaysiaNow) – Persatuan Pengembaraan Dan Agensi Pelancongan Selangor (SAFTTA) sangat terkejut dengan kenyataan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin semasa sidang media pada 6 Januari 2022 lalu berkaitan 14% Jemaah umrah tidak mempunyai rekod vaksin.

Malah yang lebih memeranjatkan menteri kesihatan juga turut menyatakan jemaah tersebut dikendalikan oleh agensi pelancongan.

Untuk makluman, SOP untuk seseorang jemaah mengerjakan umrah yang dikenakan oleh kerajaan Arab Saudi adalah sangat ketat. Maklumat jenis vaksin serta tahap kesihatan perlu dimasukan ke aplikasi mereka yang dikenali sebagai Muqem 72 jam sebelum jemaah memulakan penerbangan.

Aplikasi ini juga turut bersambung dengan 2 aplikasi lagi iaitu Tawakalna dan Eatamarna yang mana informasinya saling berpaut untuk mendapatkan slot mengerjakan umrah, memasuki Raudhah dan solat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Oleh yang demikian, SAFTTA menuntut maklum balas segera dari KKM adakah 14% yang disebut itu semuanya jemaah umrah?! Kami rasa agak terkilan kerana sudah memasuki empat hari kenyataan tersebut dibuat – tetapi KKM masih menyiasat perkara tersebut.

Lebih lama masa KKM ambil, lebih teruk persepsi masyarakat terhadap jemaah umrah. Ini dapat kita lihat dan baca didalam media sosial yang rata-rata masyarakat menyalahkan jemaah umrah sanggup menipu untuk mengerjakan ibadah tersebut.

Read more here



Comments
Loading...