Dr Mahathir dimasukkan ke IJN
(Berita Harian) – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk menerima rawatan namun setakat ini belum ada maklumat terkini mengenai keadaannya.
Pada masa ini terdapat lebih 20 petugas media berada di IJN untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung Ahli Parlimen Langkawi itu.
Mereka mula berkumpul jam 12 tengah hari.
Difahamkan IJN akan mengeluarkan kenyataan rasmi petang ini.
Pada 7 Januari lalu, Dr Mahathir dimasukkan ke IJN bagi menjalani prosedur perubatan elektif dan dibenarkan keluar pada 13 Januari.
Terdahulu pada 16 Disember 2021, beliau dimasukkan ke IJN untuk pemeriksaan perubatan menyeluruh dan pemantauan lanjut, sebelum dibenarkan keluar pada 23 Disember.