Fitnah Rafizi Ramli terhadap arwah Tan Sri Khalid Ibrahim
LAPORAN KES-KES BERSABIT INTEGRITI MELIBATKAN TAN SRI KHALID IBRAHIM
AUGUST 7, 2014
LATAR BELAKANG
KEADILAN telah mencapai persetujuan sebulat suara di dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang bersidang pada 21 Julai 2014 untuk menggantikan Menteri Besar Selangor sedia ada iaitu YAB Tan Sri Khalid Ibrahim. Persetujuan sebulat suara itu juga mencalonkan YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden KEADILAN sebagai Menteri Besar Selangor yang baru untuk menggantikan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim.
Keputusan ini kemudiannya dibawa ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 23 Julai 2014 dan dimaklumkan secara rasmi kepada PAS dan DAP. PAS dan DAP di dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas mesyuarat itu bersetuju pada dasarnya bahawa prinsip pencalonan jawatan Menteri Besar Selangor adalah dari KEADILAN[1].
DAP telah menyatakan sokongan secara terbuka kepada pencalonan YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail[2] sementara PAS akan membincangkan pendirian dalam mesyuarat AJK PAS Pusat pada 10 Ogos 2014.
Laporan ini ditulis sebagai mengambil pandangan pimpinan-pimpinan PAS yang memberikan gambaran timbul keperluan KEADILAN memberikan sebab musabab secara rasmi kepada PAS yang mendorong keputusan KEADILAN untuk menukar Menteri Besar Selangor.
Laporan ini disediakan oleh ibu pejabat KEADILAN dan diluluskan oleh pimpinan tertinggi KEADILAN. Ia berdasarkan maklumat dari laporan Kerajaan Negeri dan Pusat, carian umum, rekod rasmi mahkamah, syarikat dan urusniaga, keterangan yang diberikan oleh individu yang terbabit serta laporan-laporan media mengenai isu ini.
KERAGUAN MUNASABAH MENGENAI PENYELESAIAN MASALAH HUTANG BANK ISLAM BERJUMLAH USD18,521,806.13 (BERSAMAAN RM59.5 JUTA SETAKAT 13 NOVEMBER 2006) DAN FAEDAH KE ATASNYA
Masalah keberhutangan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Bank Islam sudah diketahui umum sejak beliau belum menjadi ahli politik dan Menteri Besar. Sebelum tahun 2011, beliau juga pernah berunding dengan YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim sendiri jalan untuk menyelesaikan tindakan Bank Islam terhadapnya dengan baik.
Keberhutangan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Bank Islam bermula dalam tahun 90an semasa beliau menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Guthrie Berhad. Bank Islam pada mulanya meluluskan kemudahan pembiayaan al-murabaha kepada YAB Tan Sri Khalid Ibrahim untuk membeli saham-saham dalam Kumpulan Guthrie Berhad.
YAB Tan Sri Khalid gagal membayar bayaran pinjaman pertama di bawah kemudahan pembiayaan al-murabaha ini yang sepatutnya dilunaskan pada 24 Oktober 1998. Beliau menulis secara rasmi melalui satu surat bertarikh 16 Oktober 1998 untuk menangguhkan bayaran tertunggak tersebut. Seterusnya beliau sekali lagi gagal melunaskan bayaran pinjaman pertama dari pinjaman kedua di bawah kemudahan pembiayaan al-murabaha dan memohon untuk menangguhkan juga bayaran tersebut melalui satu surat bertarikh 20 Oktober 1999.
Oleh kerana kegagalan berterusan untuk melunaskan hutang yang diambil melalui kemudahan pembiayaan al-murabaha ini, Bank Islam dan YAB Tan Sri Khalid bersetuju untuk menstrukturkan kembali hutang-hutang ini melalui satu kemudahan pembiayaan yang baru.
Maka pada tahun 2001, Bank Islam meluluskan penstrukturan hutang-hutang itu melalui kemudahan pembiayaan Islam al-Bai Bithaman Ajil (“BBA”) kepada YAB Tan Sri Khalid. Terma kemudahan pembiayaan ini dimuktamadkan di dalam Surat Tawaran (bertarikh 17 April 2001), Perjanjian Induk Kemudahan BBA (bertarikh 30 April 2001) dan perjanjian-perjanjian jual beli mengikut BBA (bertarikh 30 April 2001).
Terma-terma utama perjanjian pinjaman BBA yang ditandatangani adalah seperti berikut:
READ MORE HERE