SEMBANG-SEMBANG POLITIK MALAYSIA: 1 tahun Mael Sabri PM
Azizi Safar
Pada 21 Ogos tahun 2021, Ismail Sabri Yaakob telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.
Enam hari lagi genap setahun Ismail Sabri Yaakob jadi Perdana Menteri Malaysia ke-9.
Sepanjang setahun Mael Sabri jadi Perdana Menteri, kestabilan politik dan Kerajaan telah kembali selepas 39 bulan negara dibelenggu politik carcamarba pasca PRU14.
Ini dicapai melalui Memorandum Persefahaman yang ditandatangani pada 13 September 2021 di antara Perdana Menteri mewakili Kerajaan Persekutuan dengan pimpinan Pakatan Harapan, yang merupakan blok utama Pembangkang di Parlimen.
Sejak itu, beberapa Rang Undang-Undang telah diluluskan dengan sokongan sebulat suara Ahli-ahli Dewan Rakyat, antaranya;
Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2021 berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), dan
Rang Undang-Undang (RUU) Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 berkaitan Undang-Undang Anti Lompat Parti.
Dalam setahun ini juga, Kerajaan telah berjaya menangani ancaman COVID-19 dan negara telah beralih dari fasa pandemik ke fasa peralihan ke endemik.
Inflasi terus terkawal dengan tindakan Kerajaan Persekutuan meneruskan pemberian subsidi bahan api berasaskan petroleum dan mengekalkan tarif elektrik pada kadar lama walaupun berlaku peningkatan kos penjanaan elektrik berikutan kenaikan harga arang batu dan minyak.
Masalah bekalan dan harga ayam selesai berikutan intervensi oleh Kerajaan memberikan subsidi kepada penternak-penternak ayam, larangan export, pembatalan AP Impot dan penetapan harga maksimum.
Kenaikan harga minyak masak sawit tulen juga kini terkawal dengan penetapan harga maksimum bagi pek dalam botol.
Bantuan tunai dan barangan kepada golongan sasaran dan memerlukan diteruskan dan nilai bantuan juga dipertingkatkan. Program-program khusus untuk meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat diperbanyakkan.
Petunjuk-petunjuk ekonomi kini menunjukkan ekonomi negara semakin bertambah baik dan mengukuh setelah turut terkesan dengan pandemik COVID-19 yang menyerang seluruh dunia. Pelaburan asing ke dalam negara kembali, nilai exsport juga kekal meningkat.
▪︎ Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku kedua tahun ini berkembang sebanyak 8.9 peratus berbanding 5 peratus pada suku pertama. KDNK ini juga tertinggi di Asia Tenggara.
▪︎ Pelaburan langsung asing (FDI) mencatatkan angka rekod tertinggi pada Suku ke-4 2021 dengan RM26.7 bilion. Ini disusuli dengan FDI pada Suku Pertama berjumlah RM23.3 bilion dan Suku Kedua 2022 berjumlah RM24.1 bilion.
▪︎ Jumlah pelaburan FDI bagi tempoh selama sembilan bulan 2021 adalah sebanyak RM74.1 bilion mengatasi jumlah FDI tahunan pada tahun 2021, 2020, 2019 mahupun 2018.
(Sumber ▪︎ : facebook Ismail Sabri Yaakob)
“Berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, perdagangan, eksport, import dan lebihan dagangan masing-masing berkembang sebanyak 18.4%, 21.3%, 15.2% dan 72.7%,”
“Perdagangan meningkat 43.4% kepada RM270.39 bilion berbanding Jun 2021, pertumbuhan dua angka yang ke-17 bulan berturut-turut.”
“Eksport merekodkan pertumbuhan dua angka yang ke-11 bulan berturut-turut, mencatatkan kenaikan kukuh sebanyak 38.8% kepada RM146.16 bilion.” (Sumber: Berita Harian, 20 Julai 2022: Malaysia catat nilai perdagangan tertinggi baharu)
Bila keadaan politik stabil, Kerajaan (PM dan Jemaah Menteri) boleh beri tumpuan kepada mengurus dan mentadbir negara. Ia akan mendatangkan kesan-kesan positif kepada ekonomi rakyat dan negara.
Terima kasih Pak Long Mael Sabri dan Jemaah Menteri Kerajaan Keluarga Malaysia.