Polis akan siasat jika terima aduan dokumen penghakiman kes Rosmah tular


(Malaysia Gazette) – Polis meminta pihak berkaitan membuat laporan mengenai dokumen yang didakwa kertas keputusan penghakiman kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor membabitkan projek solar hibrid untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion yang tular di media sosial.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Komisioner Datuk Azmi Abu Kassim berkata, laporan yang dilakukan itu akan membolehkan polis memulakan siasatan mengenai perkara itu.

“Setakat ini Polis KL belum menerima apa-apa laporan dari mana-mana individu berkaitan insiden (kebocoran dokumen keputusan).

“Bagaimanapun, polis menasihatkan pihak berkaitan (pengurusan mahkamah) agar tampil membuat aduan di balai polis berhampiran agar membolehkan polis menjalankan siasatan berkaitan insiden itu,” kata ketika dihubungi hari ini.

SEE MORE HERE:

1. Rosmah Mansor Will Be Pronounced Guilty On 1st September 2022

2. Download Or View The 71-Page Judgement And Guilty Verdict On Rosmah Mansor Here

 



Comments
Loading...