Pemuda Umno Zahirkan Sokongan Seratus Peratus Kepada PM
(Suara TV) – Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Selangor, Amin Mohd Shukor hari ini menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Dalam satu kenyataan bersama kepimpinan pemuda Umno-BN, beliau berkata tindakan dan usaha yang melibatkan kekuatan dan keharmonian akan disokong seratus-peratus.
“Hari ni bersama dengan saya adalah ketua-ketua pemuda bukan sahaja UMNO, tetapi Barisan Nasional seluruh kepimpinan yang hadir datang daripada seluruh pelusuk negara, kita ingin menzahirkan yang pertamanya sokongan seratus-peratus kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri, Keluarga Malaysia untuk meneruskan kesinambungan yang ada.
“Kita percaya dan yakin bahawa usaha yang dibuat hari ini oleh kerajaan adalah usaha yang baik untuk rakyat dan perlu diteruskan,” katanya pada sidang media di Majlis Pelancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional di Stadium Titiwangsa hari ini.
Beliau turut menzahirkan sokongan terhadap gandingan kepimpinan terbaik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Presiden Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi.
“Yang keduanya kita nak menzahirkan sokongan juga kepada kepimpinan parti yang diterajui oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai antara peneraju yang terbaik bersama dengan Perdana Menteri perkara-perkara yang terbaik untuk rakyat.
“Saya yakin parti dan juga kerajaan khususnya di bawah teraju Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bersama dengan Yang Berhormat Datuk Seri Zahid Hamidi akan dapat satu inisiatif dan kerangka yang terbaik supaya pilihan raya ini keutamaan kita adalah rakyat,” katanya.
Dalam pada itu, beliau memberi amaran terhadap pihak yang sengaja mencetuskan sebarang usaha memecah belah menjelang PRU ke-15.
“Dan yang ketiganya pemuda nak menyatakan sebarang sahaja usaha-usaha yang boleh memecahbelahkan keharmonian, yang boleh mengakibatkan keretakan ataupun usaha-usaha mengadu domba oleh mana-mana pihak dan juga entiti menjelang PRU.
“Sebab yang paling penting hari ini kita perlu harmoni. Pasukan kena kuat. Kerana yang utama pada hari ini adalah rakyat. Kepentingan rakyat,” katanya.