Membujur lalu melintang patah
Gulam Muszaffar Gulam Mustakim
Teka-teki tentang pembubaran parlimen telah terjawab untuk memberi laluan kepada PRU yang ke 15 yang bakal diadakan bulan hadapan. “Kick start” untuk bertarung di gelanggang politik akan diadakan dalam jangka masa lebih kurang sebulan dari sekarang.
Barisan Nasional, seperti biasa, akan memasuki gelanggang PRU15 dengan semangat, iltizam dan strategi yang berbeza kali ini. Pendekatan “wali” untuk calon yang bakal diketengahkan, mengekalkan “poster boy” iaitu oleh YAB Ismail Sabri Yaakob, sebagai Perdana Menteri semasa PRU15, manifesto yang segar dan bersifat “people oriented”, dan gerak kerja yang lebih tersusun di semua peringkat akan menjadi modal serta menu hidangan kepada rakyat.
Sudah semestinya rakyat mendambakan calon-calon parti BN yang lebih inklusif, bersih dan bebas dari sebarang masalah, cakna dan peduli terhadap kebajikan dan kesejahteraan mereka. Yang paling penting BN harus memperlihatkan ia sebagai sebuah parti gabungan yang mempunyai prinsip-prinsip keadilan dan menjaga hak untuk semua rakyat Malaysia. Tidak bersifat ultra seperti DAP, tidak pula taksub atau obses kepada hanya seorang pemimpin seperti PKR, menolak AP/pemimpin parti “katak” yang tidak berprinsip seperti Bersatu dan parti yang membawa budaya “babarian & primitif”, nilai moral & tatalaku yang buruk dan busuk disisi rakyat.
Naratif yang dicipta oleh pembangkang bahawa BN ini kejam, tidak berperikemanusia tanpa mengendahkan amaran banjir hanyalah sebuah cerita dongeng dan satira puak-puak pembangkang. Sejak bila mereka kisah bila berlaku banjir utk turun bantu rakyat? Mana Raja Fitnah, Rafizi Ramli, ketika Shah Alam yang merupakan negeri ditadbir oleh PH dilanda banjir tahun lepas? Sedia maklum, YDPA sendiri turun mendengar taklimat berkenaan banjir sebelum memberi perkenan pembubaran parlimen. Jangan merendahkan kebijaksanaan YDPA dalam urusannya.
Kalau dilihat trend terkini, semua pihak pembangkang seperti PH, PN, GTA, Muda, Warisan, Gerak, dan lain-lain yang bukan sekutu, kita menumpukan serangan terhadap BN dan UMNO dalam kempen PRU mereka. Lawakkan mereka menghentam dan mengkritik BN dan UMNO tetapi pada masa yang sama mereka tidak boleh mencapai kata sepakat di atas prinsip & agenda perjuangan yang berbeza. Nak gunakan satu logo pun sehingga hari ini tidak selesai lagi.
Akhir kata, buat jentera BN, the Game is ON. Ayuh kita pastikan “bank vote” dan pengundi-pengundi putih, tegar dan tradisi kita keluar mengundi pada hari pembuangan undi. Jangan hirau hal puak pembangkang ini. Dalam politik ini ia adalah “game of numbers”. Kalau penyokong pembangkang boikot, tak nak keluar mengundi, baguslah buat kita. Itu dia orang punya pasallah. Yang paling penting BN menang seperti di PRN Melaka dan Johor.