PH tanding semua 25 kerusi Parlimen Sabah, Labuan, kata Anwar


(FMT) – Pakatan Harapan (PH) akan bertanding semua 25 kerusi Parlimen di Sabah dan Labuan pada pilihan raya umum (PRU15), kata pengerusinya Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, calon gabungan itu akan mula diumumkan pada 28 Okt ini.

“Jumlah kerusi PH akan tanding di Sabah seluruhnya. Calon akan diumumkan 28 Okt ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri jelajah PH di Tawau.

Anwar berkata, PKR akan kekal bertanding di tiga kerusi Parlimen dimenanginya dalam PRU lalu iaitu Tawau, Putatan dan Ranau.

Katanya, PKR turut akan mengintai kerusi lain selepas melihat beberapa potensi parti itu di beberapa kawasan.

Beliau tidak menolak melakukan kerjasama politik dengan parti lain dalam menghadapi PRU15, bagaimanapun tidak menyebut parti mana.

Pada PRU lalu, PH bekerjasama dengan Warisan memenangi 14 daripada 26 Parlimen di Sabah dan Labuan, yang mana Warisan memenangi lapan kerusi, PKR (tiga) dan DAP (tiga).

 



Comments
Loading...