Zahid Hamidi ‘Trojan Horse’ Anwar Ibrahim


Veteran Umno

Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi adalah sejenis makhluk seumpama ular berkepala dua. Rakyat secara terang-terang diperbodohkan dengan janji-janji palsu.

Surat mengatakan Ismail Sabri Yaakob akan dilantik sebagai PM ke 10 adalah dusta dan pembohongan semata-mata. Ini semua dusta politik yang sengaja direka cipta untuk memastikan agenda terlepas dari hukuman mahkamah terlaksana.

Gerak kerja Zahid Hamidi jelas untuk memecah belahkan hubungan UMNO, PAS dan Perikatan Nasional. Secara diam-diam, Presiden UMNO ini telah berpakat dengan Anwar Ibrahim a.k.a. Imam untuk memastikan BN akan berkongsi kuasa dengan PKR dalam PRU15.

Maka itu, Anwar Ibrahim akan dinobatkan sebagai PM10 dan Rafizi sebagai Menteri Kewangan. Peguam Negara, Ketua Hakim Negara, Ketua Polis Negara, dan Ketua Pengarah SPRM, akan ditukarkan dalam proses pembersihan sistem perundangan negara.

Zahid Hamid sejak Perhimpunan Khas UMNO telah memperbodohkan pemimpin-pemimpin UMNO. Slogan ‘No Anwar No DAP’ semakin disongsangkan.

Perbualan telefon Zahid dan Anwar dengan gelak ketawa membodohkan ahli-ahli UMNO, masih tidak menyedarkan semua.

UMNO dilacurkan kepada peliwat demi melepaskan diri dari hukuman dunia.

Zahid hamidi telah mula mengerakkan gerakan sulit menerusi pertemuan dengan beberapa raja untuk mendapatkan sokongan bagi agenda jahat ini.

BN tidak akan mendapat majoriti lagi. 122 kerusi yang diidamkan hanya mimpi disiang hari. Kerajaan campuran akan terbentuk.

BN akan menarik PKR dan sabah serta Sarawak untuk membentuk kerajaan. PKR akan tinggalkan DAP demi cita-cita PM ke 10, Anwar Ibrahim.

Sedarlah rakyat. Sedarlah ahli UMNO. Selagi Zahid Hamidi Presiden UMNO, maka Malaysia akan menuju kehancuran.

Tawaran tiga jawatan Timbalan Perdana Menteri jelas betapa terdesak Zahid Hamidi.

Percayalah bahawa Zahid Hamidi dan Anwar Ibrahim sedang menggerakkan perancangan ini. Ahli-ahli UMNO bangkit dan tunjukkan perpaduan jitu untuk menentang presiden yang tidak bermaruah, mementingkan diri sendiri dan melacurkan parti.

 



Comments
Loading...