Saya tak pernah beri mandat kepada Takiyuddin, kata Muhyiddin


Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin hari ini menyanggah kenyataan dibuat salah seorang pemimpin kanan parti komponen itu berhubung isu bekerjasama dengan BN.

(Mkini) – Menurut Muhyiddin dia tidak pernah memberi mandat kepada Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, untuk bertindak sedemikian.

“Tujuan PN bertanding dalam PRU ke-15 adalah untuk membentuk kerajaan tanpa perlu bergabung dengan BN atau Pakatan Harapan (PH).

“Saya sebagai Pengerusi PN tidak pernah memberi mandat kepada Datuk Seri Takiyuddin Hassan untuk berunding dengan BN bagi tujuan membentuk kerajaan selepas PRU ke-15,” katanya lewat pagi ini.

Terdahulu Malaysiakini melaporkan kenyataan dibuat Takiyuddin berhubung kemungkinan PN membentuk kerajaan persekutuan dengan BN jika gagal memenangi kerusi mencukupi pada 19 Nov ini.

“Saya yakin kita dapat bentuk kerajaan persekutuan sama ada kita sendiri atau gabungan dengan pihak lain termasuk BN,” katanya selepas berceramah di Ketereh, Kelantan malam tadi.

Pada masa sama Takiyuddin yang juga calon PN untuk kerusi parlimen Kota Bharu menegaskan, gabungan itu tidak akan menerima kerjasama dengan PH.

Read more here



Comments
Loading...