Dah kalah teruk, Zahid takkan nak tengok saja? -Khairy
(Suara TV) – Pimpinan tertinggi Umno didesak bertindak agresif membersihkan parti susulan kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar senada dengan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan bekas Ketua Penerangan Umno, Shahril Sufian Hamdan yang mendesak Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya berundur secara terhormat.
“Onn dan Shahril telah melakukan perkara yang betul.
“Sekarang pimpinan tertinggi Umno sewajarnya mengikut jejak langkah sama dengan melepaskan jawatan.
“Takkan tengok sahaja. Menang sorak di PWTC, negara tergadai,” katanya.
Khairy memuji langkah Shahril melepaskan jawatan sebagai Ketua Penerangan Umno dan desakan Onn Hafiz mendesak Zahid letak jawatan Presiden Umno.
Naratif satu undi untuk BN akan menjadikan Zahid sebagai Perdana Menteri benar-benar ‘membunuh’ Umno secara pukal menerusi tsunami pengundi Melayu.
Susulan itu, Zahid sewajarnya mengambil tanggungjawab atas kekalahan teruk Umno pada PRU15 ini supaya parti dapat dijenamakan semula dan maruah dapat dikembalikan.