Mesyuarat MKT ditangguhkan, Zahid tinggalkan Menara Dato’ Onn


(Malaysia Gazette) – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilihat meninggalkan Menara Dato’ Onn jam 3.19 petang tadi.

Presiden UMNO itu dilihat meninggalkan bangunan itu dengan menaiki kenderaan Toyota Alphard putih.

Bagaimanapun, pihak media yang berkampung di bangunan UMNO berkenaan tidak tahu destinasi yang dituju Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

Ini kerana mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO telah ditangguhkan.

Kebanyakan ahli MKT antara Datuk Seri Bung Mokhtar Radin, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Tan Sri Noh Omar juga telah meninggalkan Menara Dato’ Onn.

 



Comments
Loading...