Euphoria Anwar Ibrahim


Gulam Muszaffar, SUB Umno Batu WP

Seminggu yg lepas segelintir rakyat seperti berada dalam “euphoria” terlampau terhadap susuk tubuh PM YAB DSAI sehinggakan apa yang dilaku, ditutur baik dipakainya diberi perhatian menggunung yg tidak bersifat fundamental langsung utk kepentingan rakyat. Bahaya jika sindrom ini tidak dapat dihapuskan dikalangan rakyat sehingga ianya akan menghalal & mengaburi apa jua tindakan yg akan diambil.

Jika disingkap semula selepas PRU14, kerajaan PH yg dipimpin Tun M juga mendapat “euphoria” melampau sebegini dari rakyat tetapi hanya selepas 3 bulan sahaja “euphoria” menjadi antonim sehingga menjatuhkan kerajaan yg dipimpinnya. Ingat utk mentadbir sebuah negara, bukan cara menunjuk memakai capal di pejabat, isteri melambai utk keluar bekerja, berkerja di hari cuti, pandai bermadah itu semua hanya “kosmetik politik” tetapi perlu lebih pelaksanaan kepada visi dan misi kpd dasar yg lebih pragmatik, inklusif & mensejahterakan rakyat. Kita tunggu dan lihat & beri peluang dalam tempoh 100 hari beliau menjadi YAB PM apa yg telah berjaya dicernakan utk kepentingan rakyat dan halatuju negara.

Puak2 seperti NGO JAG (Kesamaratan Gender), Dong Ziong (UEC) sudah membuka langkah dgn menuntut kehendak & aspirasi mereka perlu ditunaikan. Sebab apa mereka menuntut? Sbb Anwar Ibrahim sendiri yang telah menabur pelbagai janji diatas paksi keadilan sejagat ketika sepanjang berada di luar sistem kerajaan selaku pembangkang. Kini mereka menuntut!!!!!

Satu pengajaran buat UMNO/BN yang sebahagian dari kerajaan perpaduan sekarang ini, jangan menjadi seperti Parti Bersatu atau Amanah ketika PH memerintah 22 bulan, tunduk & diam menikus membiarkan kerosakan berlaku dasar2 yg merugikan Melayu dan Islam. Seperti saya katakan UMNO/BN wajib menjadi & berperangai pembangkang di dalam sistem kerajaan/kabinet. Bantah secara terbuka jika perlu sekiranya ada yang tak kena terutamanya yg menyentuh Fasal 3 Perlembagaan Parti UMNO.

Akhir kata, Malaysia tidak perlu pigura “Mustafa Kamal Ataturk”, seorang pemimpin Islam revolusi Turki yang pada awal pimpinannya disanjung tinggi oleh rakyat Turki, tetapi selepas 15 tahun di bawah regimnnya, Turki berubah kepada negara republik sekular yang menumbangkan Empayar Uthmaniyah. Sejarah pimpinannya bermula seperti Anwar Ibrahim. Adakah Anwar Ibrahim akan menjadi seperti beliau????? Kemungkinan boleh, sebab perlu diingat negara Turki adalah teras perjuangan beliau walaupun kini dipimpin oleh Erdogan. Nauzubillah!!!!

 



Comments
Loading...