KERAJAAN PH BN BUKAN KERAJAAN PERPADUAN


Kenyataan Media

1. Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menyifatkan kerajaan Pakatan Anwar-Zahid sebagai kerajaan pakatan terdesak PH dan BN bagi menubuhkan sebuah kerajaan yang sonsang ideologi politik, PH yang berideologi ekstrem liberal manakala Umno sebuah parti yang ekstrem nasionalis melayu.Dua ideologi yang bertentangan berbeza secara sonsang. Titik pertemuan PH BN adalah kerana Anwar terdesak menjadi PM dan Zahid terdesak akibat perbicaraan kes rasuah di mahkamah.

2. Ummah juga menyifatkan kerajaan campuran PH BN tidak bercirikan sebagai sebuah kerajaan perpaduan dari sudut teori sains politik kerana ianya tidak bersifat menyeluruh dan meliputi pelbagai parti politik yang mendapat sokongan rakyat, juga NGO NGI yang mewakili segmen masyarakat, malah adalah lebih tepat dinamakan kerajaan campuran PH BN.

3. Ummah juga berpendapat bahawa perkataan ‘perpaduan’telah dilacurkan serta dimanipulasi bagi menghalalkan pakatan PH BN.

4. Ummah menegaskan agar kerajaan pakatan PH BN jangan sekali-kali mendoktrinkan ideologi liberal-pluralisme dalam agenda pentadbiran negara yang menjadikan Islam sebagai persekutuan.

5. Keutuhan pancang-pancang negara iaitu Agama Islam, Raja Melayu, hak istimewa melayu dan bumiputera, bahasa melayu,kontrak status bumiputera,biasiswa, tanah rizab melayu, perpaduan kaum mestilah terpelihara sebaiknya.

6. Ummah juga menyokong segala usaha semua pihak bagi membentuk budaya politik matang dan harmoni bagi membentuk keamanan dan kesejahteraan rakyat dan negara.

7. Sebarang usaha kearah memerangi kartel rasuah dan menolak sebarang ideologi liberal republikan mestilah disokong dan didokong oleh semua pihak dengan menjadikan penghayatan Rukun Negara sebagai asas patriotisme rakyat kepada agama, bangsa dan negara.

MOHD ZAI MUSTAFA
Pengerusi
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)



Comments
Loading...