Haniff Khatri: MoU ‘sokong usul percaya’ tidak berperlembagaan, ketua-ketua parti mungkin terdedah siasatan jenayah


The Third Force

Sesiapa sahaja yang mempengaruhi atau menghalang seorang ahli Dewan Rakyat daripada melakukan sesuatu yang dia berkuasa untuk lakukan boleh dianggap melakukan jenayah, yang boleh dihukum sampai ke tempoh tujuh tahun di penjara.

Demikian menurut peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla dalam satu siaran live di YouTube Raggie Jessy Rithaudeen (KLIK DI SINI ATAU RUJUK DI HUJUNG BAWAH), sebagai menjawab soalan berhubung MoU yang ditandatangani bersama semalam oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Seri Hajiji Noor dan Abang Johari.

“Jadi saya hendak nasihatkan kesemua presiden parti yang telah menandatangani MoU, jangan lupa, ada peruntukan Seksyen 124 (Kanun Keseksaan).

“Sekiranya ahli Dewan Rakyat dipaksa untuk mengikut perkara yang belum dimasukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan, mahupun belum dipinda di dalam Perlembagaan parti, maka ianya mungkin mendedahkan anda, ketua-ketua parti, kepada siasatan jenayah.”

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...