Haniff Khatri: Selagi perlembagaan parti tidak dipinda, MP berhak buat keputusan sendiri sekali pun bertentangan arahan presiden


The Third Force

Menurut peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, apabila pindaan dibuat kepada Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan (yang menyentuh definisi dan pengecualian terhadap aktiviti lompat parti di Dewan Rakyat), definisi “parti politik” turut disertakan di bawah perkara 160.

Disebabkan itu, perlembagaan persekutuan bukan lagi buta parti, dan keahlian seorang individu di Dewan Rakyat boleh terhenti dan kerusinya dikosongkan jika dia dianggap telah “lompat parti” berdasarkan peruntukan Perkara 49A.

Namun, larangan terhadap lompat parti bukanlah mutlak dan tertakluk kepada beberapa pengecualian, termasuk sekiranya seorang ahli Dewan Rakyat dipecat daripada parti politik yang sedang dianggotainya.

Justeru, selagi perlembagaan parti tidak dipinda untuk menyatakan dengan jelas bagaimana seorang ahli parti yang turut merupakan ahli Dewan Rakyat dianggap “telah keluar parti,” selagi itulah ahli berkenaan tidak boleh diarahkan kosongkan kerusinya di Dewan Rakyat.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...