Asyraf samakan kerjasama Umno-DAP dengan politik dinamik Nabi Muhammad


Ketua Pemuda Umno itu berkata keputusan untuk berganding bahu dengan musuh Umno itu bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan.

(MalaysiaNow) – Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan kerjasama antara Umno dan DAP dalam membentuk kerajaan sama seperti dinamika politik Nabi Muhammad.

Ketika berucap pada Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda Umno 2022 di PWTC hari ini, beliau berkata, situasi kerjasama itu ibarat yang dizahirkan Rasulullah menerusi perjanjian “Hilf Al-Fudul” dengan Kafir Quraisy di Mekah dan permuafakatan dengan Yahudi di Madinah.

Katanya, keputusan untuk berganding bahu dengan musuh Umno itu bukanlah sesuatu yang mudah kerana sudah banyak hati yang terguris dan sudah banyak jiwa yang terluka.

“Kalau ikutkan emosi, buat apa berdamai dengan pihak yang bukan sekadar mengguris perasaan tetapi di tangan mereja jugalah darah para syuhada’ dalam kalangan shabat dan kerabat Nabi terkorban.

“Kaau ikutkan sentimen, buat apa berpakat dengan pihak yang jelas memusuhi Islam dan selamanya tiadk akan pernah mahu merestui perjuangan Islam.

“Namun kerjasama antara Nabi dengan sekutu Baginda tidak sesekali menggadaikan akidah dan perjuangan agama.

“Nabi tidak sesekali berkompromi pada perkara yang meliubatkan prinsip dan kedaulatan bangsa dan negara,” katanya.

Menurut Asyraf, hikmah kerjasama Nabi dengan golongan bukan Islam demi memastikan agama dan bangsa itu terus subur menjadi panduan parti itu.

Read more here



Comments
Loading...