PN sedia buktikan dakwaan sogok pengundi tidak benar


(Warta Rakyat) – PERIKATAN Nasional (PN) mendakwa mempunyai bukti kukuh untuk menafikan dakwaan gabungan itu melakukan sogokan wang kepada pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pasukan pembelaan parti itu sudah bersedia untuk membuktikan bahawa dakwaan oleh UMNO Terengganu yang dibuat melalui petisyen pilihan raya itu, adalah tidak benar.

“Sudah tentu bila dia cabar kita dengan membuat petisyen, kita akan pastikan bahawa kita ada bukti untuk menunjukkan itu semua tak betul. Tujuan petisyen ini semata-mata kerana tak puas hati atau sebagainya.

“Tapi kita juga ada kita punya pasukan pembelaan untuk memastikan kita menang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina PN di ibu pejabat Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Kuala Lumpur hari ini.

Badan Perhubungan UMNO Terengganu awal bulan ini memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan PRU15 bagi kawasan Parlimen Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman yang kesemuanya dimenangi PAS, merupakan parti komponen PN.

Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Presiden Parti Gerakan, Datuk Dominic Lau dan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang serta pemimpin-pemimpin PN ketika hadir ke Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Perikatan Nasional di Menara PGRM, Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Warta Rakyat

Petisyen melibatkan tiga kawasan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 3 Jan lepas mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata petisyen itu difailkan antara lain atas dakwaan PAS telah menyogok pengundi dengan mengagihkan wang bantuan yang diberikan kerajaan negeri pada 15 hingga 17 Nov 2022, beberapa hari sebelum PRU15 melalui program i-Pencen, i-Belia dan i-Siswa.

Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Presiden Parti Gerakan, Datuk Dominic Lau dan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang serta pemimpin-pemimpin PN ketika hadir ke Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Perikatan Nasional di Menara PGRM, Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Warta Rakyat

Mengulas mengenai pemberian wang ketika pilihan raya, Hamzah yang juga ahli Parlimen Larut berkata ia bergantung kepada situasi dan niat wang tersebut diberikan.

“Kadang-kadang mereka (penerima wang) yang minta daripada calon sebab kadang-kadang mereka mahu baiki rumah. Sebab itu kita kena berhati-hati, dan niat itu penting kenapa kita beri wang kepada orang yang minta itu,” katanya.

 



Comments
Loading...