Umno perlu kembali ke pangkuan jalan


Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 yang lepas adalah platform terbaik dalam menguji kebijaksanaan berpolitik, kesetiaan pada parti, dan komitmen serta kepercayaan akar umbi untuk pemimpin utama menstrukturkan semula parti UMNO, kata PSU Puteri.

PSU Puteri UMNO itu, berkata PAU 2022 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, jauh berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini. Ia juga PAU yang terakhir sebelum pemilihan parti 2023 dapat dilaksanakan beberapa bulan lagi. Namun, jawatan Presiden dan Timbalan Presiden telah dipersetujui majoriti perwakilan dan juga akar umbi agar tidak dipertandingkan.

Katanya, hakikatnya parti itu kini di persimpangan yang cukup menduga dari segi kekuatan dan juga pemahaman politik untuk setiap ahli UMNO, namun sebagai ahli UMNO kita harus beristiqamah dalam perjuangan.

Dengan kekalahan UMNO pada PRU 15 yang lepas, ia membuka mata untuk kita ahli UMNO untuk mengkaji, adakah parti keramat kita ini masih relevan di masa akan datang atau adakah rakyat menilai yang kita ini berpecah belah di antara satu sama lain di dalam satu rumah. Bagaimana pula untuk kita mengurus tadbir negara. Namun setiap perkara mesti ada hikmahnya, kekalahan yang kita hadapi telah membuka peluang untuk UMNO menstrukturkan dan rebrandkan semula agar kita sentiasa relevan dan diterima oleh rakyat.

“Ini sebenarnya peluang untuk kita menilai kembali asas perjuangan kita, dan untuk kita mengenali dikalangan kita yang benar-benar sayang dan cintakan parti dan yang mana hanyalah bersama parti untuk kepentingan diri sendiri,” katanya lagi.

Hazwani PSU Puteri itu berkata, bagaimanapun, beliau berkeyakinan bahawa perwakilan UMNO yang hadir dari serata pelusuk negara, telah masing-masing menilai usul serta hujah pemimpin negeri, baik dan buruk jika dua jawatan tertinggi dipertandingkan. Lalu secara demokrasinya telah bersetuju untuk kekalkan Presiden serta Timbalan Presiden.

“Umumnya, saya percaya ahli UMNO yang datang WTC kali ini, adalah sebenar-benar ahli, setia dan betul-betul mempertahankan parti serta yang tidak akan berganjak walaupun UMNO dihanyut pelbagai tohmahan.” katanya.

Sementara itu, beliau turut menasihati agar parti terutamanya Puteri UMNO merapatkan saf dan meraikan perbezaan pendapat dalam usaha menstruktur dan menguatkan semula UMNO.

Katanya, cahaya parti UMNO tidak mungkin akan gelap tetapi ia mungkin berlaku jika ahlinya tidak bersatu hati.

“Bukan hanya untuk PAU kali ini sahaja, namun saya berharap kita dapat meraikan perbezaan pendapat, agar terus berdebat, bermusyawarah, menyuarakan pandangan. Ini semualah yang akan membentuk UMNO.

“Semuanya tak menjadi masalah, asalkan setiap ahli Umno bersatu dan bekerjasama untuk menguatkan lagi parti, walaupun diantara ahli mempunyai idealogi ataupun pendapat yang berbeza, tapi janganlah kira lari dari landasan yang parti memperjuangkan. Ini perlu didahulukan demi kemaslahatan dan kelangsungan parti UMNO yang kita cintai.

Beliau turut melahirkan keyakinan terhadap kepimpinan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mampu mengharungi segala rintangan, meletakkan hak ditempatnya dan terus bangkit berjuang demi bangsa, agama dan negara.

“Penahanan beberapa individu oleh SPRM baru baru ini, cukup untuk kita membuat penilaian anggaran rasuah yang berlaku semasa PN dan kemudian wang menjadi kemampuan mereka mempengaruhi PRU 15.

Paling penting, kestabilan dan kemakmuran yang dinyanyikan seluruh negara, juga amat penting dilaksanakan didalam UMNO sendiri.

NURUL HAZWANI HASLAN
– Setiausaha Puteri UMNO Malaysia
– Ketua Puteri UMNO BahagianSeputeh
– Setiausaha Puteri UMNO Negeri WP



Comments
Loading...