Bukti bahawasanya pertuduhan Wan Saiful konspirasi untuk hancurkan BERSATU/Muhyiddin


Mula-mula RM600 bilion, kemudian turun kepada RM530 bilion, dan lepas itu turun lagi kepada RM92.5 billion, dan turun lagi menjadi RM4.5 bilion, dan akhirnya turun mendadak kepada hanya RM300 juta.

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

Semalam, Malaysia Today menunjukkan Polis Report BERSATU bertarikh 15.2.2023, iaitu seminggu sebelum Wan Saiful Wan Jan ditangkap pada 21.2.2023 dan dikenakan dua pertuduhan kononnya menerima rasuah. Adalah jelas bahawa ini satu konspirasi kerana Ahmad Zahid Hamidi sendiri mengumumkan bahawa BERSATU/Perikatan Nasional akan dijadikan Kluster Mahkamah yang baru.
[Link: https://www.utusan.com.my/nasional/2023/01/pau-2022-sekarang-mereka-bakal-jadi-kluster-mahkamah/]

Itulah sebabnya jumlah yang kononnya dicuri berubah-ubah. Mula-mula RM600 bilion, kemudian turun kepada RM530 bilion, dan lepas itu turun lagi kepada RM92.5 billion, dan turun lagi menjadi RM4.5 bilion, dan akhirnya turun mendadak kepada hanya RM300 juta.

Maka bersoraklah Umno, DAP dan Pakatan Harapan kerana bangga telah berjaya menghancurkan BERSATU bila SPRM membuat dua pertuduhan terhadap Ketua Penerangan BERSATU, Wan Saiful Wan Jan. Apa jumlahnya? Hanya RM6.9 juta sahaja — bukan RM600 billion, RM530 bilion, RM92.5 bilion, RM4.5 bilion, atau RM300 juta!

Sebenarnya dua pertuduhan itu membuktikan konspirasi fitnah palsu terhadap BERSATU/Muhyiddin yang disusun secara licik oleh Ahmad Zahid Hamidi dan Anwar Ibrahim. Ini buktinya:

1. Muhyiddin jadi Perdana Menteri dari 1 Mac 2020 dan letak jawatan pada 16 Ogos 2021.

2. Banyak program pemulihan negara yang dirancang oleh Muhyiddin tak dapat berjalan. Banyak juga yang dilanjutkan oleh Ismail Sabri Yaakob dan diluluskan olehnya dan bukan oleh Muhyiddin.

3. Tengok Pertuduhan Pertama terhadap Wan Saiful. Tengok tarikh kononnya kesalahan dilakukan — iaitu April 2022. Masa tu Muhyiddin dah bukan PM!

4. Tengok Pertuduhan Kedua terhadap Wan Saiful. Tengok tarikh — kononnya kesalahan dilakukan pada Julai 2022 sehingga September 2022. Masa tu dah lebih setahun Muhyiddin bukan PM!

5. Itu semua bukan zaman PN/BERSATU jadi Kerajaan!

6. Tiada pun sebut Jana Wibawa.

7. Tiada pun sebut BERSATU.

8. Siapa pengadu? Tak mungkin TC Lian tu. Jadi siapa kalau bukan SPRM sendiri?

9. Jadi apa yang berlaku? Jelas mereka mengugut dan menekan Cina TC Lian tu untuk menuding jari terhadap Wan Saiful/BERSATU/PN.

Ini konspirasi fitnah. Ini orang putih kata – It’s all a fixed-up case!

 



Comments
Loading...