Anwar kantoi tipu Parlimen


Suara Dalam LHDN

Perdana Menteri Anwar Ibrahim bohong kepada Dewan Rakyat bahawa kuasa memberi pengecualian cukai ialah kuasa mutlak Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri!

Adakah benar kuasa memberi pengecualian cukai ialah kuasa mutlak Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri seperti dikatakan Anwar? Ini satu lagi pembohongan Anwar.

1. Isu Pengecualian Cukai

a) Dalam sesi Parlimen pada 21.3.2023, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) menegaskan bahawa “…kuasa pengecualian mengikut subseksyen 44(6) bukan kuasa menteri atau Perdana Menteri. Ia kuasa mutlak Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri”;

b) Hakikatnya, terdapat dua peruntukan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 yang membenarkan pengecualian cukai dibuat – seksyen 44 dan seksyen 127. Pengecualian di bawah seksyen 44 Akta Cukai dibuat oleh Ketua Pengarah LHDN manakala pengecualian di bawah seksyen 127 Akta Cukai dibuat oleh Menteri Kewangan;

c) Oleh itu, gambaran yang hanya Ketua Pengarah LHDN yang mempunyai kuasa memberikan pengecualian cukai adalah salah dan tidak benar.

2. Pengecualian Cukai di bawah seksyen 44 Akta Cukai Pendapatan

a) DSAI juga menyatakan seperti yang tertera di atas bahawa kuasa pengecualian cukai di bawah seksyen 44(6) adalah KUASA MUTLAK Ketua Pengarah LHDN. Ini juga satu pembohongan;

b) Dalam peruntukan yang sama, seksyen 44(6B) dengan jelas memperuntukkan bahawa:

“Where any institution, organization, appropriate religious authority, body or public university is aggrieved by the decision of the Director General in respect of an application made under subsection (6) or (11D), the institution, organization, appropriate religious authority, body or public university may , within thirty days after being informed of the decision, appeal to the Minister and the Minister may make any decision as he considers fit.”

c) Seksyen 44(6B) jelas memberikan kuasa kepada Menteri untuk menentukan sebarang rayuan kepada permohonan pengecualian cukai yang dibuat kepada Ketua Pengarah LHDN. Ini bermakna, kuasa Ketua Pengarah LHDN itu bukanlah kuasa mutlak. It is not an absolute power. Menteri Kewangan mempunyai kuasa untuk menukar keputusan Ketua Pengarah LHDN.

3. Pegawai-pegawai MOF tidak seharusnya memberikan maklumat salah, tidak tepat ataupun separuh benar kepada Menteri yang boleh menyebabkan Menteri dibawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana mengelirukan Dewan sedangkan nota nasihat (‘advisory note’) datang daripada pegawai MOF atau Penasihat undang-undang dari Pejabat Peguam Negara. Sebagai penasihat kerajaan, mereka seharusnya memberikan nasihat berdasarkan fakta yang benar dan tepat supaya Menteri berkenaan tidak dituduh berbohong dalam Parlimen.

4. Mengelirukan Dewan ialah satu perkara serius yang boleh menyebabkan usul untuk merujuk MP tersebut dikenakan hukuman di bawah Aturan 36(12) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

 



Comments
Loading...