Anwar hanya jumpa pegawai pangkat rendah di Arab Saudi, kata Mahathir


Bekas perdana menteri itu berkata, apa yang dialami oleh Anwar sangat berbeza dengan sambutan luar biasa oleh pemimpin-pemimpin ketika lawatan rasmi ke luar negara.

(MalaysiaNow) – Dr Mahathir Mohamad hari ini menyifatkan lawatan rasmi Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi hanya disambut pegawai berpangkat rendah, satu situasi yang sangat berbeza untuk pemimpin-pemimpin negara ketika membuat lawatan rasmi ke negara luar.

Bekas perdana menteri itu berkata, ketika menyandang jawatan tersebut sebelum ini tidak ada satu negara pun yang gagal menyambut kedatangannya dan delegasi dari Malaysia.

Sebelum ini media melaporkan lawatan rasmi tiga hari Anwar ke Arab Saudi berakhir tanpa sebarang pertemuan dengan pemerintah Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz dan putera mahkota Mohammed.

Mahathir bagaimanapun berkata beliau tidak memahami mengapa kedua-dua pemerintah Arab itu enggan untuk berjumpa dengan Anwar.

“Mungkin mereka ada satu pandangan yang kita tak tahulah yang menyebabkan mereka tak mahu jumpa Anwar.

Read more here

 



Comments
Loading...