DAP menggelepur cuba selamatkan Guan Eng dan Anwar Ibrahim


Lim Guan Eng, DAP dan Pakatan Harapan semakin tertekan. Takut dengan laporan polis terhadap LGE dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang dibuat oleh Armada, DAP kini berhabis-habisan menyerang Ketua Armada, Wan Ahmad Fayhsal (WAF).

DAP membuat laporan polis terhadap WAF menuduh laporan Armada itu laporan palsu. Pada masa yg sama YB Jelutong RSN Rayer juga memfailkan Usul utk menyeret WAF ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen sedwngkan WAF sendiri telah terlebih dahulu memfailkan usul terhadap PMX kerana berbohong (sila baca Usul WAF terhadap DSAI).

Yang kelakar nya Usul YB Jelutong itu mengandungi banyak kecacatan prosedur dan substantif. Ini didedahkan dalam surat WAF kepada YDP Dewan Rakyat. Mari baca surat Usul YB Jelutong dan jawapan dari WAF.

Jawapan WAF menunjukkan YB Jelutong itu tak faham peraturan dan undang-undang walaupun dia seorang peguam. Kejahilan YB Jelutong perlu di sekolahkan oleh WAF. Baca jawapan WAF :

“Inilah jawapan saya berkenaan surat YB Jelutong tersebut:

a) Surat YB Jelutong tidak boleh dilayan kerana tidak mematuhi Aturan 27(1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat bahawa notis sedemikian hendaklah ditulis kepada Setiausaha Dewan dan bukan kepada Tuan YDP.

b) Surat YB Jelutong tidak boleh dilayan kerana memakai Aturan 80 untuk mengambil tindakan terhadap saya. Aturan 80 adalah berkenaan penubuhan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan bukan berkenaan sesuatu kesalahan.

c) Surat YB Jelutong membuat tuduhan salah bahawa saya membuat laporan polis. Saya tidak membuat laporan polis.

d) Saya percaya YB Jelutong tersilap bila mahu tindakan diambil terhadap saya sedangkan laporan polis dibuat oleh orang lain dan bukan saya.

e) pelapor tersebut bukan seorang ahli parlimen. Maka, Dewan Rakyat tidak ada kuasa ambil tindakan seperti di mahukan oleh YB Jelutong RSN Rayer.

Malu lah ada ahli parlimen macam YB RSN Rayer yang semberono.

 



Comments
Loading...