Hanya separuh lepasan SPM rancang sambung belajar, menurut kajian


Kebanyakannya mengatakan melanjutkan pelajaran adalah tidak berfaedah seperti sebelum ini, manakala yang lain menyatakan kos yuran pengajian dan keengganan mereka untuk mengambil pinjaman pendidikan.

(MalaysiaNow) – Hanya separuh daripada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merancang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi, dengan 32% mengatakan pilihan ini tidak berfaedah seperti sebelumnya, demikian menurut satu kajian yang dijalankan baru-baru ini.

Kajian yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Undian UCSI itu menyaksikan penyertaan 1,000 responden yang ditanya mengenai rancangan mereka selepas menamatkan peperiksaan SPM.

Lebih separuh (51%) akan menyambung belajar, manakala 39% berkata mereka akan mencari pekerjaan manakala 10% tidak mempunyai rancangan.

Apabila ditanya tentang pilihan untuk menyambung pelajaran, 68% mengatakan bahawa ini boleh mengubah kehidupan sementara 32% lagi melihat ia tidak berfaedah seperti sebelum ini.

Apabila ditanya mengapa tidak mahu menyambung pelajaran, 34% berkata mereka perlu bekerja dahulu untuk membayar pendidikan mereka.

Read more here



Comments
Loading...